in

Netizen Merungut ‘Line’ Tak Ada Semasa Acara Perbarisan Merdeka, Rupanya…

unnamed file

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam baru sahaja selesai acara perbarisan sempena Hari Kebangsaan yang telah diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur yang dihadiri ramai pengunjung dan dikatakan ada juga yang telah berkampung sejak malam sebelum acara bermula.

Namun, dalam kegembiraan mereka menyambut hari kemerdekaan, ada juga terselit perkara yang membuatkan pengunjung tidak senang duduk dan berkongsi rungutan mereka di media sosial.


Internet tak ada masa acara perbarisan?

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan dengan beberapa rungutan pengunjung yang tidak mendapat sambungan internet semasa acara perbarisan tersebut berlangsung di Dataran Merdeka.

Video yang berdurasi 6 saat itu telah dikongsi di laman TikTok yang memaparkan status internet pada telefon bimbit milik seseorang individu.

@rosiezayyn

Aku ingat aku je takde line. Dah la membe semua hilang?lah rupanya org lain pun takde line #fypシ

♬ Melayu dengki – ?????ᶜʰᵉʷ✨?

“Aku ingat aku je takde line. Dah la member semua hilang.. lah rupanya orang lain pun takde line.”

Video tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka mempersoalkan situasi tersebut dan ada juga yang berkongsi mengapa situasi tersebut berlaku.

Rupanya ada sebab ia berlaku

Kalau sesiapa yang pernah pergi ke acara keramaian seperti konsert mesti pernah merasai perkara seperti acara tersebut. Ini sebab yang korang kena tahu mengapa ia berlaku!

Jammer

04l87r4tPAkNdfUd5qkMjui 2..v1569484057

Menurut Techopedia, jammer adalah sebuah peranti yang digunakan untuk menyekat atau mengganggu mana-mana isyarat yang ada pada telefon bimbit. Pada awalnya, jammer ini digunakan untuk tujuan ketenteraan semasa peperangan.

Kini, ia dilakukan bertujuan untuk menjaga keselamatan orang awam lebih-lebih lagi semasa acara keramaian berlangsung demi mengelakkan keburukan yang akan berlaku seperti letupan bom.

Kalau korang nak tahu, frekuensi daripada telefon bimbit korang juga mampu mengganggu pemasa ataupun timer bom jangka sekiranya tidak disekat.

Netizen turut bagi pencerahan 

Meninjau ruangan komen di video tersebut, ada juga netizen yang memberi penjelasan mengenai ketiadaan sambungan internet semasa acara tersebut berlangsung.

Misalnya, ramai netizen yang mengatakan perkara tersebut dilakukan kerana terdapat ramai orang kenamaan seperti Yang Dipertuan Agong yang hadir ke acara perbarisan tersebut.

Ada juga yang menjelaskan bahawa perkara tersebut bertujuan untuk mengelakkan sesetengah individu daripada menerbangkan sebarang dron agar tidak mengganggu kelancaran perjalanan acara perbarisan tersebut.

Screenshot 2022 09 01 at 12.55.13 PM

Screenshot 2022 09 01 at 12.55.24 PM

Screenshot 2022 09 01 at 12.56.07 PM

Min sebenarnya baru tahu ada juga peranti yang mampu menyekat isyarat telefon sebegitu. Korang juga baru tahu ke?

Baca: “Penangan UAI” – [VIDEO] Pasukan Bomba Sampai Keluar Perbarisan, Gara-gara Nak ‘Selfie’ Dengan Ustaz Azhar Idrus

Screenshot 2022 09 01 at 1.01.37 PM

 

Sumber: Portal
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.