Malaysia boleh dikatakan antara negara yang mana rakyatnya sangatlah pemurah. Kita melayan tetamu mahupun orang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Namun perkara sangat berbeza di Belanda apabila sebuah akaun TikTok mendedahkan budaya ‘Tikkie’ yang diamalkan mereka di sana.
Tikkie menurut hasil carian di Google ialah sebuah aplikasi yang digunakan untuk menuntut seseorang membayar sesuatu yang sudah dibayar kepada mereka sebelum ini.
Contohnya macam korang tolong bayar makanan kawan korang sebab dia tak ada duit cash dan korang tuntut bayaran itu menggunakan aplikasi Tikkie.
Artikel berkaitan: “Siap perli aku kedekut” – Hidup Terabai Sejak Jadi Anak Yatim, Bila Dah Kerja Pakcik Datang Tuntut ‘Duit Poket’
Artikel berkaitan: “Dah la pandai masak, pemurah pula tu” – Khairulaming Dipuji Lepas Bagi Duit Raya Dekat Warganet
Makan biskut sekeping pun dapat request Tikkie?
Menerusi perkongsian gadis bernama Ioanna di TikTok, dia meluahkan rasa hairannya dengan sikap orang Belanda yang meminta Tikkie hanya kerana dia memakan sebiji kuih milik rakannya.
Disebabkan memakan sebiji kuih tersebut, rakannya menghantar permintaan Tikkie untuk 0.28 € yang bersama RM1.30 untuk sebiji kuih. Adeh…
@ioanna_chri Tikkies for life! #expatlife #tikkie #cultureshock #greektiktok #livinginthenetherlands #ζωηστοεξωτερικο #dutchie
Walaupun ini hanya lakonan semula di TikTok, ramai yang hairan dengan budaya yang diamalkan di Belanda ini.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya tak boleh brain perkara ini…”
Video tersebut mendapat perhatian daripada netizen seluruh dunia termasuklah Malaysia yang hairan dengan budaya Tikkie tersebut.
Netizen di Malaysia menganggap budaya itu sebagai sesuatu yang tak patut diamalkan kerana seseorang tidak patut kedekut tentang makanan.
Namun ada juga netizen mendedahkan perkara ini berlaku disebabkan sejarah dan trauma yang dilalui oleh sesuatu bangsa yang menyebabkan mereka agak kedekut kalau berkaitan makanan.
Apa-apapun itu budaya dari negara mereka, kan? Jadi anggap jelah ia satu info yang berguna kalau tiba-tiba korang terfikir nak menetap atau bercuti di sana.
Sumber: TikTok