Haiwan yang berbisa ni seperti kita ketahui ada pelbagai jenis dan spesis. Siapa yang suka buat aktiviti luar dan lasak macam camping, hiking atau jungle trekking tu mesti dah selalu terdedah dengan kemungkinan terjumpa haiwan berbisa kan?
Selain daripada di hutan, aktiviti di kawasan laut dan pantai juga terdedah dengan haiwan yang berbisa. Contohnya, apabila menjalani aktiviti snorkeling kita boleh terdedah dengan haiwan laut berbisa seperti obor-obor. Bukan sahaja semasa melakukan aktiviti snorkeling, kadang-kadang haiwan tersebut juga sering terdampar di persisiran pantai.
Apa yang kita boleh lakukan ialah mengelak daripada disengat oleh haiwan tersebut. Namun, malang kan tak berbau. Kalau dah ditakdirkan nak kena sengat tu, kena lah juga.
Oleh itu, melalui perkongsian di TikTok ini, ramai netizen yang memberi tips apa yang perlu kita buat bila disengat obor-obor di ruangan komen posting tersebut.
@_abemaro_ Penemuan Tak Sengaja .. Kena Hak ni menangis tak berlagu ? #fyp #viral #tiktok #foryou
Pelbagai tips dan nasihat yang diberikan oleh netizen di ruangan komen, namun yang paling menarik perhatian ialah dengan menyiram air Coke di tempat yang disengat. Air Coke ya…
Katanya bukan lah boleh terus baik kalau disiram dengan air Coke tu, tapi sekadar ikhtiar awal sebelum dapatkan rawatan lanjut di hospital. Selain daripada air Coke, banyak juga tips lain yang dikongsikan para netizen.
Kalau korang nak tau betul ke tak tips yang dikongsikan tu, korang boleh lah try dulu. Tapi satu hal pula kan nak cari obor-obor lepastu nak kena sengat dulu baru boleh confirmkan. Apapun sebaiknya rujuk doktor dulu sebelum mencuba sebab takut beri kesan sampingan yang tak diketahui.