in

Netizen Konfius Dengan Rumah RM3 Juta Ini, Dahlah Banyak Kena Baiki & Ada ‘Housemate’ Percuma Pulak?

Rumah percuma housemate

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun membeli rumah baharu merupakan satu perkara yang menggembirakan, kadangkala ia juga boleh datang dengan pakej masalah lain, contohnya, lantai rumah yang reput dan sistem pempaipan yang perlu dinaik taraf. Tapi, macam mana pulak kalau rumah baharu yang korang beli tu dapat sekali dengan pakej tetamu misteri tak diundang?

Mungkin ini kedengaran macam plot stereotaip cerita hantu tapi rupanya memang wujud rumah yang didatangi dengan ‘housemate’ percuma ini di Amerika Syarikat.


Virginia house 750x422 1 e1656828259605

Lapor The Virginian-Pilot, sebuah rumah yang terletak di Fairfax, Utara Virginia, pernah tular suatu ketika dahulu kerana deskripsi rumah itu ketika mahu dijual menulis mana-mana pemilik barunya perlu tahu bahawa mereka akan berkongsi rumah berkenaan dengan individu yang tak dikenali di bahagian bawah tanah rumah.

Nak dijadikan cerita, individu yang tak dikenali ni mungkin lebih daripada satu orang dan mereka memang tak boleh dihalau dan sewa juga tak boleh dikenakan pada mereka.

“Tawaran tunai sahaja. Tiada akses untuk lihat ruangan bawah tanah rumah dan rumah dijual dengan pengetahuan bahawa ada individu yang tak dikenali mungkin tinggal di tingkat bawah tanah. Tiada sewa dikenakan pada mereka ini,” tulis deskripsi rumah terbabit.

Keadaan rumah tak setimpal dengan harga?

Untuk pengetahuan korang, ‘housemate’ tak diundang bukan sahaja isu yang menyebabkan rumah ini pernah menjadi perbualan hangat warga maya. Harga yang diletakkan pada bangunan ini juga pernah dipertikai kerana ramai yang menganggap ia terlalu mahal untuk rumah yang perlukan banyak penambahbaikkan.

Virginia house3 750x633 1 e1656828292284

Menurut laman web Zillow, rumah dengan lima bilik tidur dan empat bilik mandi ini berkeluasan 3,548 kaki persegi mempunyai beberapa tingkap yang sudah reput selain pintu sliding di ruangan keluarga yang perlu diganti.

“Dianggarkan sekitar RM110 ribu diperlukan untuk menggantikan karpet di ruangan utama, perbaiki lantai kayu di ruangan belakang, menggantikan pintu sliding, ganti tingap reput dengan baru, mungkin cat semula sesetengah bahagian rumah, gantikan tiga buah tandas dan satu lampu,” tulis deskripsi itu lagi.

“Buatnya ‘housemate’ kat basement tu pembunuh bersiri macam mana?” – netizen

Virginia house2 750x605 1 e1656828328337

Kisah rumah ini turut dikongsikan ke laman sosial Facebook dan rata-rata pengguna media sosial terkejut dengan harga yang diletakkan pada rumah yang disifatkan ‘banyak kerja’ ini. Selain itu, ada juga yang menyuarakan kerisauan mereka mengenai ‘housemate’ yang menumpang di ruangan bawah tanah.

“Harga rumah je dan cecah RM3 juta. Lepas tu nak keluar modal lagi dekat RM100 ribu nak baiki. Tak berbaloi,” komen netizen.

“Bagus ejen hartanah ni jujur bagitau masalah rumah tapi aku tetap tak nak beli,” kata penguna lain pula.

“Macam mana nak beli rumah tapi tingkat bawah tak boleh akses? Lepas tu ada orang lain pulak duduk bawah tu?! Nope!” tulis yang lain pula.

Sumber: Zillow, The Virginian-Pilot

Baca: “Pernah kena tampar entiti ghaib” – Rumah Asal ‘The Conjuring’ Dijual Pada Harga RM6.6 Juta

collage 30 e1656825296368

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.