in

Netizen Dedah Punca Kematian Pramugari Christine Dacera Rupanya Bukan Sebab Dirogol, Tapi…

Ft Pramugari Final Baru

Baru-baru ini tular di media sosial berita menyayat hati yang menimpa seorang pramugari dari Filipina, Christine Dacera yang dikatakan telah dirogol oleh sekumpulan lelaki sebelum dibunuh ketika menyambut malam tahun baru di sebuah hotel.

Crist Baru

Christine ditemui tidak sedarkan diri dalam sebuah tab mandi bilik hotel berkenaan sebelum dibawa ke hospital oleh rakan-rakannya pada keesokan harinya. Namun, mangsa dikatakan telah pun meninggal dunia setibanya di hospital.

Berdasarkan laporan awal, polis telah menahan 11 orang lelaki yang kali terakhir berada di sisi Christine. Dalam 11 orang itu, 3 daripadanya merupakan kenalan mangsa, manakala selebihnya pula tidak dikenali olehnya dan merupakan rakan kepada 3 orang kawan Christine tadi.

Malah dalam laporan tersebut, dijelaskaan terdapat kesan koyakan dan sisa air mani ditemui pada kemaluan Christine. Disebabkan itu, kesemua mereka telah ditahan atas tuduhan merogol dan membunuh.

Namun, tular pula di media sosial apabila netizen mendedahkan punca sebenar kematian pramugari itu bukanlah disebabkan dirogol, tapi berpunca daripada penyakit lain.

Aik? Mana satu yang betul ni? 

 

Ruptured aortic aneurysm?

Sebuah posting telah dimuat naik oleh seorang netizen menerusi akaun Twitternya yang mendedahkan punca kematian gadis itu adalah disebabkan ‘ruptured aortic aneurysm’!  Turut disertakan bersama ialah beberapa keping foto yang menunjukkan laporan tersebut.

Tiada kesan semen (air mani). Kesan koyakan pada bahagian kemaluan telah sembuh menandakan ianya berlaku beberapa hari sebelum. 

= Tiada kesan dirogol. 

Menurut netizen lagi, rakan-rakan mangsa yang lain terdiri daripada golongan ‘homoseksual’ , justeru dakwaan merogol mangsa itu tidak masuk akal.

Komen

Untuk pengetahun korang, aortic aneurysm ini boleh berlaku apabila saluran darah mengembang. Kelemahan aorta menyebabkan pembengkakan, yang menyebabkan kecenderungan pecah atau pembekuan darah. Tekanan fizikal aneurisma pada organ-organ berdekatan dapat menghasilkan gejala-gejala yang dapat dikesan, sementara kehilangan darah aneurisma yang pecah menyebabkan akibat yang lebih teruk dan mengancam nyawa.

 

Tak berpuas hati, maklumat bedah siasat tak lengkap

Walau bagaimanapun, berlaku lagi percanggahan pendapat apabila keluarga mangsa mendedahkan laporan awal bedah siasat tersebut tidak lengkap.

Memetik laporan The Standard, kesan calar dan lebam yang turut ditemui pada tubuh badan Christine tidak dinyatakan dalam autopsi awal yang dijalankan. Ini menyebabkan keluarga mangsa mahu membuat pembedahan autopsi yang kedua terhadap anaknya melalui pakar perubatan yang lebih dipercayai.

Menurut wakil keluarga mangsa, Brick Reyes, mengatakan bahawa kesan calar dan lebam yang ditemui pada tangan dan kaki mangsa bakal dijadikan sebagai bukti ‘nyata’ tuduhan merogol. Tambahnya, dia turut mengesyaki kejadian rogol itu telah dirancang terlebih awal disebabkan pengurus hotel berkenaan adalah kenalan kepada salah seorang tertuduh. 

Mereka kata dia mati secara ‘semulajadi’ iaitu disebabkan ruptured aortic aneurysm (saluran darah pecah) seperti yang tertera dalam sijil kematian. Tapi mereka tak nyatakan kesan cakar dan lebam yang dialaminya. Sebab itu kami mahu jalankan autopsi yang kedua. 

Kejadian malang yang menimpa Christine Dacera ini berjaya meraih perhatian netizen apabila timbulnya pelbagai spekulasi lain mengenai punca sebenar kematiannya.

Wallahualam, tak tahu mana satu yang betul. Apa-apa pun kita tunggu keputusan pihak polis. 

Baca: “Penerbangan terakhir untuk tahun ni” – Pramugari Dirogol 11 Lelaki Sebelum Dibunuh Di Malam Tahun Baru

Ft Pramugari Final 1

Sumber: The Standard
Sumber: Twitter