in

Netizen Dakwa Badan NGO Kutip Derma Untuk Palestin ‘Fishy’, Sudah Kena Ban Di Perlis?

Derma Aman Palestin Fishy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Situasi meruncing yang sedang berlaku ke atas negara Palestin telah membuatkan ramai di antara kita ingin menghulurkan bantuan dan cara yang paling mudah ialah dengan menderma ke badan-badan NGO yang berhubung dengan negara sana.

Pun begitu, dalam kita bersemangat untuk menderma, harus diingatkan agar kita berhati-hati dengan scammer supaya wang yang kita dermakan itu tidak jatuh ke tangan yang salah.


Artikel berkaitan: Konflik Israel-Palestin: Ini Semua Korang Perlu Tahu Tentang Konflik Terpanjang Di Dunia

Artikel berkaitan: Wisma Putra Nasihat Tangguh Perjalanan Ke Kawasan Konflik Palestin

Badan NGO terkenal didakwa meragukan? 

Seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad baru-baru ini telah mendedahkan badan NGO Aman Palestin didakwa agak meragukan dan telah pun diban daripada membuat kutipan derma di negeri Perlis.

Menurutnya, terdahulu dia telah membuat pembongkaran bahawa badan NGO ini tidak melakukan audit selama 5 tahun dan pendedahannya itu telah mendapat kecaman hebat netizen.

Walau bagaimanapun, isu ini katanya telah sampai ke pihak Jabatan Mufti Perlis dan pihak tersebut kini sedang menjalankan siasatan.

Dalam pada itu, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA telah mengingatkan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia untuk berhati-hati dengan ‘penunggang Palestin’ atau sindiket penipuan yang kononnya meminta derma untuk rakyat Palestin.

Perkara itu sampaikannya melalui posting di X baru-baru ini.

Hati-hati dalam menyalurkan sebarang derma kepada mana-mana NGO yang meragukan. Nak menderma boleh, tapi pastikan badan NGO tu betul-betul legit dan trusted. 

Sumber: X, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.