Beberapa hari lalu, terdapat sebuah khabar angin yang mengatakan seorang pelakon wanita tempatan terlibat dengan aktivit pengubahan wang haram dan sedang dalam siasatan Bank Negara Malaysia.
Antara nama yang dikaitkan dengan khabar angin tersebut ialah Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas atau lebih mesra disapa Ruhainies.
Artikel berkaitan: Tayang Hidup Mewah, Pelakon Wanita Dipantau Bank Negara Sebab ‘Cuci Duit’?
Artikel berkaitan: Disyaki Terlibat Atas Kesalahan ‘Cuci Duit’, Seorang Lagi Ditahan Berkaitan Kes MYAirline
Dia mengakui sejak timbulnya khabar angin tersebut, media sosialnya dibanjiri dengan komen-komen serta mesej yang ingin mengetahui adakah selebriti yang dimaksudkan itu dia.
View this post on Instagram
“Ada yang mesej di Instagram bertanya adakah saya artis yang dikatakan terlibat dengan pengubahan wang haram sebab petanda yang diberikan ialah artis itu berkulit gebu.
Alhamdulillah bukan saya. Saya harap lepas ini jangan bagi ‘hint’ tapi terus sahaja katakan nama siapakah artis itu.
Tak seronok, sebab bukan ramai artis berkulit putih gebu, mungkin cuma 10 orang. Jadi artis-artis ini secara tidak langsung terpalit sama,” katanya.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Ruhainies mengakui dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa dari peminat serta netizen, malah dia turut mengajak netizen untuk melakukan ‘siasatan’ sendiri jika inginkan kepastian.
“Sejujurnya ramai tahu yang saya kerja back to back, masih relevan dalam industri.
Kalau ada tuduhan sebegini, netizen boleh siasat sebab mereka pun sudah hebat. Lagi pula Kuala Lumpur dan Malaysia ini kecil saja,” tambahnya lagi.
Nama pelakon Luna Elvira itu sebelum ini menjadi antara nama yang dikatakan tersenarai dalam aktiviti pengubahan wang haram sekali gus menjadikannya hidup serba mewah.
Sumber: Utusan Malaysia