Sehingga kini, lebih 40 mangsa telah berjaya ditemui susulan insiden nahas udara melibatkan pesawat American Airlines dan Helikopter milik U.S Army berdekatan Reagan National Airport, Washington D.C.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat memaklumkan, tiada mangsa yang terselamat sekaligus mendedahkan seramai 67 orang terbunuh dalam kejadian itu. Punca kejadian sedang giat dijalankan setelah ramai yang mempersoalkan adalah amat mustahil untuk ia berlaku.
Artikel berkaitan : Kegagalan Fungsi Gear Pendaratan Pada Pesawat Mungkin Jadi Punca Nahas Jeju Air Di Korea
Artikel berkaitan : WTC runtuh 102 minit lepas diserang, Memperingati 19 Tahun Tragedi Berdarah 11 September 2001
Di sisi lain kekecohan insiden ini, sedang hangat berlegar di media sosial tentang satu video yang dimuat naik oleh seorang Pencipta Kandungan ataupun TikToker yang meramal lebih awal sebelum kejadian ini berlaku.
Menerusi akaun TikTok @thehawkerseye , wanita yang dipercayai berasal dari United Kingdom ini memuat naik video 12 jam sebelum insiden berlaku dan meramalkan pertembungan dahsyat akan berlaku antara 2 jenis pesawat.
@thehawkerseye Predictions for 2025 Commercial airliner incident. Private jet with high profile couple. #tarotreading #tarot #psychicreading #prediction #kierstarmer #ukeconomy #planedisaster #predictions2025
Dalam video itu, dia menjelaskan telah mendapat satu ‘gambaran’ jelas tentang kemalangan udara yang melibatkan satu pesawat komersial dan satu pesawat tentera yang lebih kecil berlaku di ruang udara Amerika Syarikat.
“Saya mendapat ramalan tentang pesawat yang ramai penumpang di dalamnya, dan ia adalah serangan secara mengejut. Saya juga sering mendapat gambaran yang ia akan melibatkan pesawat kecil yang mungkin milik tentera atau private jet”
Namun, yang lebih menyeramkan, wanita itu turut meramalkan antara mangsa terkorban adalah pasangan popular yang digambarkan sebagai selebriti, popular dan memiliki ramai pengikut di media sosial.
“Pasangan dalam gambaran saya ini seolah seperti selebriti, dan ada ramai pengikut di sosial media dan sangat berjaya. Orang akan terus kenal pasangan ini dengan hanya membaca ‘headline’.
Sekiranya diteliti senarai mangsa, 14 daripadanya merupakan atlet sukan luncur ais yang selesai menghadiri program pembangunan atlet sukan itu di Wichita, Kansas. Sepasang atlet dari Rusia, Evgenia Shishkova dan Vadim Naumov difahamkan antara mangsa yang terkorban. Mereka dianggap antara atlet emas di Rusia dan popular dalam kalangan peminat sukan itu setelah menjadi juara dunia pada tahun 1994.
Selain itu, yang menjadi perdebatan hangat di ruangan komen ialah punca tragedi itu berlaku yang turut dikaitkan dengan ramalan wanita ini. Dia menggambarkan nahas itu berkemungkinan berlaku disebabkan oleh penglibatan ‘orang dalaman’ yang telah menjadikan pesawat itu sebagai sasaran.
“Saya dapat rasakan ia adalah perbuatan orang dalaman yang turut berada di dalam penerbangan tersebut atau seseorang yang bekerja di syarikat penerbangan itu. Saya juga sering mendapat gambaran yang ia adalah ‘man-made disaster’ yang mungkin dilakukan secara sengaja dan penerbangan itu mungkin telah menjadi sasaran tanpa masalah teknikal..”
Ramai yang bingung bagaimana ramalan itu menjadi sangat tepat meskipun pendedahan dimuat naik dalam perbezaan tempoh waktu yang lama.
Ada yang menyifatkan ia hanyalah video hasil Kecerdasan Buatan atau AI, tetapi tidak logik mengikut kepada waktu ia dimuat naik di TikTok. Sekiranya diteliti latar belakang wanita ini, dia sememangnya merupakan seorang peramal yang menggunakan ‘Tarot’ sebagai pengantara iaitu ramalan yang menggunakan kad.
-hmm.. mungkin kebetulan je, sama macam ramalan dalam siri The Simpsons sebelum ni.
Sumber : @thehawkerseye