in

Netizen Bengang Mak Ayah Biar Anak Main Dekat Jalan, Nasib Baik Kereta Sempat ‘Emergency Break’

ft anak melulu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini satu video tular di Twitter bersama ciapan yang telah mendapat perhatian warganet kerana orang ramai meluahkan rasa berang dengan sikap ibu bapa yang tidak mementingkan keselamatan anak mereka.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sebuah rakaman dashcam oleh seorang pemandu yang dengan tidak sengaja telah melanggar seorang kanak-kanak lelaki.


Difahamkan kenderaan itu sedang bergerak dengan kelajuan 30km/h, kemudian seorang kanak-kanak berbaju biru secara tiba-tiba melintas dan melulu ke arah hadapan kenderaannya.

Screenshot 3 3

Rakaman tersebut menunjukkan beberapa orang yang sedang berdiri di tengah pembahagi jalan sambil bersembang sebelum kanak-kanak berkenaan dipercayai meluru menyeberangi jalan ke arah mereka.

Pada masa yang sama, sebuah kereta yang sedang melalui jalan berkenaan itu dikatakan tidak sempat memberhentikan kenderaan sebelum melanggar mangsa berdekatan sebuah perhentian bas di hadapan Universiti Utara Malaysia, Kampus Kuala Lumpur (UUMKL).

Kejadian itu telah membuatkan mangsa terjatuh namun dia dilihat bangun semula tanpa apa-apa kecederaan dan terus berlari ke arah pembahagi jalan di seberang.

Screenshot 8 2

Korang boleh tengok video asal dekat SINI.

Susulan kejadian itu, pemandu tersebut telah memberhentikan kereta serta memberi ‘amaran’ serta menasihati kumpulan wanita itu yang dipercayai salah seorang daripada mereka adalah ibu kepada kanak-kanak itu.

“That’s not the point la” – Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bengang terhadap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka terdedah kepada bahaya di jalan raya.

Ada juga warganet yang mempersoal pemandu kenderaan tersebut yang didakwa berada di dalam laluan teksi/bas.

Screenshot 9 1

Haihh nasib baik budak tu tak cedera… 

Sumber : Twitter

Baca : [VIDEO] Cubaan Potong Barisan Tak Berjaya, ‘King’ Kena Bahan Dengan Netizen

Myvi potong barisan 728x383 1

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.