in

Netanyahu Mengamuk Dengan Menterinya Sebab Hina Arab Saudi Sampai Hampir Rebah

ft netanyahu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan mengamuk terhadap Menteri Kewangannya iaitu Bezalel Smotrich yang memberikan kenyataan berbaur hinaan terhadap Arab Saudi. Menurut sumber, kenyataan tersebut dianggap boleh menggagalkan usaha untuk menormalisasikan hubungan antara kedua-dua negara tersebut.

Difahamkan, beberapa pegawai kanan Netanyahu hampir memanggil doktor kerana bimbang keadaan kesiahatan beliau selepas kemarahannya itu meledak.


Artikel berkaitan : Gabenor Baitulmaqdis Dedah Masjid Al-Aqsa Berisiko Runtuh Jika Rejim Israel Terus Menggali

Aritkel berkaitan : 4 Warga Israel Ditahan Polis Thailand Di Koh Phangan, Leka Berparti Raikan Berakhirnya P*rang

 

Menyindir Arab Saudi naik unta di padang pasir

Screenshot 2025 10 30 163446

Netanyahu naik angin apabila beliau dimaklumkan bahawa menteri itu ketika berucap di sebuah persidangan, menyindir bahawa jika Arab Saudi mahu Israel mengiktiraf negara Palestin sebagai syarat normalisasi hubungan.

Sumber melaporkan bahawa jeritan Netanyahu ketika memarahi Smotrich ‘boleh didengari hingga ke penempatan Kedumim dan seluruh kawasan Samaria di Tebing Barat’.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen sayap kanan, Avigdor Liberman turut mengesahkan bahawa suasana di pejabat Perdana Menteri begitu tegang sampaikan pembantunya bimbang jika Netanyahu.

“Tidak pernah ada jeritan seperti itu di pejabat Perdana Menteri sejak ia ditubuhkan.”

Dikhabarkan, Netanyahu kini sedang berusaha keras untuk menambahkan Arab Saudi ke dalam rangkaian Abraham Accords, ia merupakan satu perjanjian normalisasi yang sebelum ini disertai Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Maghribi.

Namun, rundingan tersebut terbantut sejak tercetusnya perang kejam di Gaza. Namun begitu, Smotrich, yang juga tokoh utama gerakan penempatan Yahudi menegaskan untuk menolak penubuhan negara Palestin dan menyokong pembentukan ‘Israel Raya’ yang merangkumi wilayah 1948, Gaza serta Tebing Barat.

“Jika Arab Saudi berkata ‘normalisasi sebagai pertukaran dengan negara Palestin’, jawapan saya ialah tidak, terima kasih. Teruskan menunggang unta di padang pasir,” ujar Smotrich.

Screenshot 2025 10 30 163548

Kelancangan Smotrich dalam mengeluarkan kenyataan itu telah mengundang kemarahan ramai pihak, bukan sahaja di Riyadh malah dalam kalangan pembangkang Israel sendiri yang melihat normalisasi dengan Arab Saudi sebagai kunci kepada penerimaan Israel dalam rantau Asia Barat.

Berikutan dengan tekanan hebat yang diterima, Smotrich akhirnya memohon maaf secara terbuka.

“Kenyataan saya terhadap Arab Saudi amat tidak wajar dan saya memohon maaf atas penghinaan yang timbul daripadanya.”

Namun begitu, Smotrich menegaskan bahawa beliau begitu harap agar Arab Saudi tidak menafikan hak bangsa Yahudi ke atas tanah bersejarahnya di Judea dan Samaria serta menegakkan perdamaian sejati.

Insiden tersebut dilihat boleh menjejaskan reputasi diplomatik kerajaan Netanyahu tatkala Israel masih berdepan kecaman antarabangsa akibat serangan berterusan di Gaza.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.