Benarlah orang kata cinta tak mengenal usia, sepasang suami isteri bertemu jodoh di media sosial TikTok walaupun jarak umur 35 tahun.
Pasangan yang difahamkan bertemu melalui laman TikTok itu berkongsi hubungan mereka bermula pada Oktober 2021 dan pada September 2022.
Si suami yang dikenali sebagai Adam itu berkongsi melalui mStar, dia pada mulanya hanya ingin berkawan dengan isterinya yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan itu, namun apabila sudah rapat dia terjatuh cinta dengan wanita itu.
@adam_x_rokiah
Setelah lama berkenalan di media sosial, Adam yang berasal dari Semporna, Sabah itu mengambil langkah untuk bertemu dengan kekasih hatinya dan terbang ke Semenanjung.
Sebelum bertemu dengan wanita tersebut, dia bekerja dahulu di Johor sebagai tukang urut dan pada Januari 2022 barulah dia pergi ke Kelantan untuk bertemu dengan kekasihnya yang sebelum ini hanya berbual menerusi mesej dan panggilan video.
Adam berkongsi dia amat bersyukur kedua-dua keluarga mereka menerima hubungannya dan isteri dengan baik.
Isterinya yang bernama Rokiah itu mempunyai 11 orang anak, 22 orang cucu serta seorang cicit.
Semoga berbahagia selalu!
Baca: Pasangan Warga Emas Jepun Jadi Perhatian, Selalu Kongsi OOTD Pakai Baju Couple