in

“Nenek kebayan ke tu?” – [VIDEO] Kelibat ‘Entiti’ Berambut Panjang Di MRT Buat Netizen Cuak, Rupanya…

5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cuba bayangkan masa korang tengah berjalan kat stesen MRT lepas balik kerja, tahu-tahu ada ‘nenek kebayan’ jalan membongkok kat sebelah korang. Haa… auto meremang, kan?

Baru-baru ini tular di laman Tiktok dari pengguna @elleanor83 penampakan seorang wanita berambut panjang yang berjalan dengan postur yang dilihat menyeramkan.


Melalui video berdurasi 25 saat itu, ‘entiti’ tersebut sedang menaiki tangga secara perlahan-lahan hingga menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa saja yang melihat.

Lebih menyeramkan, badan wanita itu dilihat membongkok, menyebabkan rambutnya yang panjang turun ke bawah dan menutup keseluruhan mukanya. Dah macam nenek kebayan pun ada!

Bukan sekali jumpa je!

Tidak lama selepas klip tersebut viral, muncul satu lagi rakaman Tiktok dari pengguna @atisahira yang melihatkan kelibat wanita berbongkok yang sama, juga di stesen MRT Pasar Seni.

Perkara tersebut menjadi bahan bualan netizen di ruangan komen kedua-dua video itu, di mana rata-ratanya berasa seram melihat aksi aneh dari wanita itu.

Ada juga yang berseloroh, menyatakan yang ‘entiti’ tersebut sedang mencari barang peribadinya yang tercicir. Takkanlah sampai macam tu sekali carinya…

C 1E 1 D 1

Siapa sebenarnya wanita misteri tu?

Hal ini sekaligus mendapat perhatian dari pihak Rapid KL untuk menyelidik kisah di sebalik entiti misteri itu.

A 1

Tidak lama selepas itu, akaun rasmi mereka iaitu @myrapidkl mengesahkan bahawa wanita tersebut merupakan salah satu kejutan publisiti kepada sebuah event berkaitan seni teater bertempat di Pasar Seni. Laa… publicity stunt je rupanya.

B

Macam-macam gaya orang buat content sekarang ni. Kalau korang terjumpa dia, agak-agak korang berani nak tegur tak?

Sumber: Tiktok @elleanor83 dan @atisahira

Baca: “Kalau aku mau lari tak cukup tanah” – [VIDEO] Petugas Kesihatan Rakam Imej Pocong, Berdiri Tegak Tengah Jalan

F 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.