in

Negara Sedang Berdepan Dengan Gelombang Kecil Covid-19 – KJ

Ft Gelombang Kecil Covid Di Malaysia 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan menasihati orang ramai agar sentiasa berhati-hati ketika berada di tempat-tempat orang ramai kerana negara ini sedang berdepan dengan gelombang kecil Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media hari ini mengatakan bahawa biarpun tidak pasti sama ada gelombang kecil ini akan menjadi besar, beliau menegaskan bahawa ia bergantung kepada tindakan komuniti dalam masa seminggu dua ini.


 

“Tetapi dari segi kesan dan keseriusan buat masa ini, kita dapati bahawa ianya tidaklah menunjukkan sesuatu yang membimbangkan.”

Bagaimanapun, katanya, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berkenaan dengan trend yang sedang meningkat ini.

Oleh itu, beliau memaklumkan orang ramai agar dapat berhati-hati terutamanya ketika waktu kempen Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) ini kerana ia akan melibatkan majlis yang dihadiri orang ramai.

“Saya telah membuat keputusan untuk mengadakan sidang media pada hari ini, walaupun dah lama tak memberikan perkembangan dan situasi mengenai Covid, tetapi memandangkan kenaikan yang saya sebut tadi, KKM membuat keputusan sekali lagi mengingatkan masyarakat bahawa kita masih dalam fasa peralihan ke endemik.”

https://www.instagram.com/tv/CkXZonXLrMW/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Jelasnya lagi, gelombang jangkitan ini akan datang dan pergi, jadi bilangan kes akan pasang surut sepertimana trend beberapa minggu lepas dan beberapa minggu yang akan datang, katanya ia selaras dengan ramalan KKM.

“Malangnya waktu itu serentak dengan PRU, sebab itu lah saya dah buat keputusan pada hari ini untuk memberi nasihat daripada KKM kepada orang ramai bahawa trend kes sekarang ini semakin meningkat.”

Kata beliau lagi, biarpun pemakaian pelitup muka masih tidak wajib, tetapi beliau sarankan agar memakainya jika berada di tempat yang tertutup dan sesak.

Baca : Catat Lebih 1,000 Kes Harian, Wuhan Kembali ‘Lockdown’ Lepas Kes COVID-19 Naik Mendadak

Cats 19

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.