in

Neelofa Sudah Jalankan Tanggungjawab Nasihat Adik, Minta Netizen Jangan Kecam Ameera Khan

neelofa dah tegur ameera khan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umumnya kebanyakan sudah maklum bahawa influencer terkenal, Ameera Khan kini sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol dengan tularnya beberapa posting memaparkan kemesraan mereka.

Kemesraan yang dipaparkan dan dicampur pula dengan kisah peribadi Jefri yang penuh dengan isu panas itu ternyata telah menimbulkan rasa tidak selesa netizen.


Susulan itu, selebriti terkenal, Neelofa memohon orang ramai untuk berhenti mengecam adiknya dan mengakui telah menjalankan tanggungjawab dalam menasihati Ameera, namun enggan berkongsi secara terperinci.

IMG 2928.jpeg

Saya tidak boleh berkongsi dengan orang luar apa yang saya lakukan. Cuma sebagai kakak, saya sudah melakukan bahagian saya dan tahu apa yang sesuai untuk dilakukan terhadap adik saya.

“Pada masa sama, saya mahu minta semua, jangan mengecam atau tulis yang buruk-buruk. Sekalipun kamu suka atau tidak suka, tolong selitkan doa yang baik.

“Susunan takdir Allah dan segala perancangan boleh diubah menjadi sesuatu yang baik dengan doa yang baik. Sudah tentu saya nak yang terbaik untuk adik-adik dan kakak saya,” katanya.

182835943 512552056454441 6196900602679282882 n

Artikel berkaitan: Neelofa Akui Baru Setahun Jagung Dalam Perkahwinan, Tak Layak Beri Nasihat

Artikel berkaitan: “Saya okay, netizen yang tak okay” – Ameera Khan ‘Open Minded’ Tengok Babak Panas Lakonan Jefri Nichol

Neelofa juga berkata, walaupun kisah percintaan adiknya menjadi topik hangat netizen, namun dia tidak terganggu dengan segala kecaman yang dilemparkan.

Alhamdulillah tak mengganggu saya langsung. Namun tak bermakna saya tak peduli apa yang orang tegur dan nasihat.

“Kita ambil cakna dan benda itu saya rasa tak patut kita kongsikan kepada khalayak mengenai apa yang kami buat atau bincangkan.

“Saya rasa tak perlu untuk saya beritahu. Cukup sekadar perkara ini diketahui oleh adik-beradik, ibu dan ayah saja.” kata Neelofa.

Snapinst.app 479187621 18493002934026372 4452015549736003163 n 1080

Menurutnya lagi, keluarganya juga mempunyai cara tersendiri dalam menyelesaikan segala isu yang berlaku secara berhemah dan beradab.

“Kami ada cara tersendiri. Mungkin keluarga dan adik-beradik lain ada cara tersendiri untuk saling menasihati. Kami pun ada cara kami tersendiri.

“Walaupun di mata orang belum cukup bagus, Tapi insya-Allah kita tahu apa yang terbaik untuk dia,” katanya.

Betullah tu, sebaiknya kita doakan yang baik-baik sahaja buat Ameera. Neelofa pun dah tegur, kan? 

Sumber: Harian Metro

Sumber: Nona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.