Minggu lepas, tular di media sosial beberapa potongan video rakaman daripada podcast yang dihoskan oleh Neelofa yang memperkatakan mengenai isu perkahwinan bersama pelakon Nora Danish dan Natasha Ozeir yang mendapat perhatian ramai.
Ramai yang bersetuju dengan pandangan Neelofa berkenaan isu tanggungjawab dan kemampuan suami.
@rhea.zahra Tanggungjawab nafkah dari Suami. #podcastneelofa #noradanish #richmancoffee #neelofa #podcastnoradanish
Artikel berkaitan: “Semua bil I tak pernah sentuh” – Neelofa Kongsi Cara Suami Beri Nafkah
Artikel berkaitan: “Saya nak cinta Allah” – Kongsi Kisah Penghijrahan, Ini Doa Yang Diamalkan Nora Danish
Rumah tangga baru setahun jagung – Neelofa
Walau bagaimanapun, Neelofa dalam Harian Metro hari ini mengaku dirinya tidak layak untuk berkongsi tip rumah tangga kerana usia perkahwinannya dianggap masih setahun jagung.
Isteri kepada Haris Ismail ini berkata, perjalanan melayari bahtera rumah tangga pasti akan dipermudahkan sekiranya mematuhi garis panduan yang sudah ditetapkan agama.
Dia juga banyak menimba ilmu mengurus rumah tangga sejurus memasuki alam perkahwinan.
Rahsia rumah tangga ini sudah pasti ada susah senangnya. Mungkin yang orang luar nampak saya dan suami kongsikan sikit-sikit itu nampak manis dan bahagia.
“Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar.
“Apa yang boleh, selagi seseorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan,” katanya.
Neelofa juga pada masa yang sama menasihatkan pasangan muda untuk mendalami dahulu ilmu perkahwinan sebagai persediaan awal.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 26 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 3 dan Abdullah Abbas, 1.
Sumber: Harian Metro