in

Nasubi: Kisah ‘Disturbing’ Lelaki Terselamat Lepas Sertai ‘Game Show’ TV Paling Kejam Dalam Sejarah

Collage 43

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tomoaki Hamatsu atau lebih dikenali sebagai Nasubi telah bersetuju untuk menyertai satu rancangan permainanan TV yang dipanggil sebagai Susunu! Denpa Shõnen pada tahun 1998. Dia berharap rancangan itu dapat mengubah kehidupannya dan kehidupannya memang berubah, tapi tak seperti yang diharapkan.

Ketika menyertai game show ini, Nasubi telah diasingkan dari dunia luar dalam keadaan bogel dan diperhatikan oleh penonton-penonton lain selama 335 hari. Apabila dia ingat penderitaannya berakhir, perkara yang sama berulang kembali seperti asal.


Kalau nak tahu apa yang berlaku kepada Nasubi, ikuti kisahnya dibawah…

Nasubi: Dari pelawak yang tak dikenali sehingga menjadi bintang realiti TV

Nasubi

Tomoaki Hamatsu dilahirkan pada 3 Ogos 1975 namun dikenali sebagai Nasubi yang bermaksud “terung”. Tak banyak maklumat yang diketahui mengenai kehidupan kanak-kanaknya, tapi bila dia berusia 20-an, dia mula menceburkan diri sebagai ahli komedi.

Kerjayanya sebagai pelawak tidak membuahkan hasil tapi pada tahun 1998, dia telah mendapat satu tawaran apabila memenangi loteri untuk pekerjaan berkaitan show business.

Sebagai penghibur baru, perkara ini merupakan seperti impian yang jadi kenyataan, namun dia tak mengetahui bahawa impian tersebut bakal menjadi mimpi ngeri buatnya.

‘Susunu! Denpa Shōnen’: Rancangan realiti Jepun paling ekstrem

Nasubi Eating A Banana 768X512 1

Pekerjaan yang diterimanya itu merupakan menjadi seorang peserta untuk satu rancangan Jepun bernama Susunu! Denpa Shōnen atau “Jangan Teruskan! Pemuda Gila.” Rancangan ini mula ditayangkan di Televisyen Nippon pada 1998 dan bertahan selama empat tahun.

Cabaran yang perlu dilalui oleh Nasubi dipanggil sebagai Kehidupan Saya Dalam Bentuk Hadiah. Ia memerlukan Nasubi untuk tinggal seorang diri di dalam apartment dan perlu meneruskan hidup dengan memenangi cabutan bertuah melalui pos sehingga dia berjaya mengumpulkan wang sebanyak ¥1 juta.

Dia diberikan gelaran Nasubi ekoran bentuk mukanya yang panjang seperti terung dan juga kerana penerbit perlu menutup kemaluannya menggunakan ikon terung.

Tapi kenapa mereka perlu menutup kemaluannya? Ini kerana, Nasubi tidak dibenarkan untuk membawa apa-apa ke dalam apartment tersebut, termasuklah pakaian. Dia juga tak dibenarkan untuk membawa apa-apa makanan, hiburan mahupun apa-apa alatan komunikasi.

Apa yang disediakan untuknya hanyalah apartment dan keperluan asas seperti air, elektrik, pemanas dan beberapa majalah untuk dia sertai cabutan bertuah tersebut.

Ketika dia tiba di rumah tersebut, penerbit telah meminta lelaki ini untuk menanggalkan pakaiannya dan menunjukkan timbunan majalah dan sebuah pen sebelum mengucapkan “selamat berjaya” kepadanya.

Pada awalnya, Nasubi ingatkan rancangan ini akan dirakam dan disunting selepas semuanya selesai, tapi dia tak ketahui yang dia telah pun ditayangkan secara langsung. Rancangan ini telah menjadi sangat popular sehingga formatnya telah ditukar kepada pengstriman selama 24/7 dan menggunakan teknologi baru untuk menutup kemaluan Nasubi menggunakan ikon terung.

Kehidupan Nasubi di Susunu!

Nasubi Stuffed Animal 768X578 1

Seperti yang dikatakan tadi, Nasubi tidak dibenarkan untuk membawa apa-apa makanan, jadi dia telah kehilangan banyak berat badan kerana hanya boleh minum air sebelum dia berjaya memenangi cabutan bertuah berbentuk air gula.

Kemenangan besar pertamanya merupakan satu beg beras saiz besar. Walaupun dah mempunyai makanan untuk dimakan, dia tak mempunyai apa-apa peralatan memasak. Jadi, Nasubi terpaksa makan nasi mentah.

Tak lama selepas itu, Nasubi telah mencipta cara untuk memasak nasi dengan meletakkan ia berdekatan dengan api dapur.

Ketika di awal rancangan, Nasubi tak mempunyai apa-apa untuk hiburkan diri sendiri serta tak boleh bercakap dengan sesiapa. Malah, dia juga tak boleh nak menjaga kebersihan dirinya sehingga rambutnya telah tumbuh panjang dan kusut, begitu juga dengan kukunya.

Tak cukup dengan itu, Nasubi juga telah menghabiskan kebanyakan masa dengan berbogel kerana satu-satunya pakaian yang dia pernah menang dalam cabutan bertuah merupakan pakaian dalam wanita yang terlalu kecil untuknya.

Pertandingan tersebut sangat kejam. Satu-satunya perkara yang saya boleh buat adalah tulis dan poskan cabutan bertuah. Tak ada kegembiraan dalam hidup saya. Tak ada kebebasan. Tapi perkara ini tak ditunjukkan kepada penonton.”

Apabila bekalan berasnya habis, Nasubi telah berlapar sehingga dia berjaya memenangi makanan untuk anjing yang dijadikan sebagai makanan untuk meneruskan hidup. Dia juga pernah memenangi satu patung haiwan yang dijadikan sebagai teman bercakap dan dinamakan sebagai sensei.

Pada masa lain pula, Nasubi turut memenangi tiket wayang dan basikal tapi hadiah ini tak dapat digunakan kerana dia tak dibenarkan untuk meninggalkan apartment tersebut. Lelaki ini juga turut memenangi sebuah TV tapi penerbit telah sengaja elak untuk memberikan kabel kepadanya kerana enggan dia mengetahui bahawa rancangan ini sedang ditayangkan.

Salah satu momen yang paling diraikan adalah apabila Nasubi berjaya memenangi berus gigi dan ubat gigi sehingga membenarkan lelaki ini untuk menggosok gigi selepas berbulan-bulan.

Populariti Nasubi mula mendatangkan masalah apabila peminatnya dan paparazi mula mengetahui di mana apartmentnya. Ekoran ini, penerbit telah mengejutkan Nasubi pada satu malam dan menyuruh lelaki ini untuk mengikut mereka.

Pada awalnya, Nasubi ingatkan bahawa dia telah pun berjaya mendapatkan cabutan bertuah bernilai ¥1 juta, tapi bila dia di bawa ke sebuah apartment yang lebih kurang sama, dia sedar bahawa penderitaannya masih belum selesai.

Malah, apabila Nasubi memeriksa barang-barang yang telah dimenanginya sebelum ini, dia kecewa bila melihat beg berasnya hilang. Nasib baik penerbit kemudiannya telah masuk semula dan memberitahu bahawa mereka telah tertinggal beras tersebut di dalam lori.

Tuah Nasubi kemudiannya meningkat selepas berpindah ke apartment baru apabila dia telah berjaya memenangi kuali untuk masak nasinya dengan betul serta VCR dan PlayStation untuk dia mengisi masa lapangnya.

Nasubi kemudiannya telah berjaya memenangi sebanyak empat biji tayar kereta yang berjumlah lebih kurang ¥84,000 menjadikan dia semakin hampir dengan kemenangan. Akhirnya, satu beg beras yang dimenanginya telah berjaya membuatkan dia mencapai target dan dia akhirnya dapat bebas.

Tapi…

Cabaran diteruskan di Korea Selatan

Nasubi Stuffed Animal 768X578 2

Selepas berjaya mendapatkan ¥1 juta, dan dikurung selama 335 hari, Nasubi telah diberikan pakaian dan ditutup matanya. Penerbit rancangan tersebut mengatakan bahawa dia akan menerima hadiah istimewa kerana telah berjaya melengkapkan cabarannya.

Nasubi telah dibawa ke Korea Selatan di mana dia telah menghabiskan masa sehari di sebuah taman hiburan dan makan makanan sebenar.

Kemudian, di penghujung hari, dia telah dibawa ke sebuah apartment lain dan diminta untuk menanggalkan pakaiannya. Sekali lagi, Nasubi diarahkan untuk menyertai cabaran hidup melalui kemenangan dari cabutan bertuah.

Selepas dia buka bajunya, penerbit mengatakan yang dia tak perlu terima cabaran ini sekiranya dia enggan meneruskan namun Nasubi megatakan bahawa dia menyahut cabaran tersebut.

Nasubi In Korea 768X512 1

Kali ini, Nasubi hanya perlu memenangi barang yang cukup iaitu bersamaan dengan harga tiket ekonomi penerbangan Japan Airlines untuk pulang ke rumahnya. Tapi, bila Nasubi berjaya memenangi jumlah tersebut dengan cepat, penerbit telah menukar jumlah kepada kelas perniagaan dan kemudian kelas pertama.

Nasubi bernasib baik kerana kali ini dia telah berjaya mencapai jumlah yang diminta dalam masa beberapa minggu dan kemudiannya telah diterbangkan semula ke Jepun sebelum dia di bawa pula ke apartment lain.

Pengakhiran pengasingan Nasubi

Nasubi Looking At The Audience 768X512 1

Apabila dia melihat apartment ini, Nasubi telah melihat sekeliling sebelum membuka baju sebelum diarahkan. Ketika itu dia merasakan bahawa penderitaannya tidak akan berakhir.

Namun penerbit mempunyai kejutan yang lain untuk lelaki ini, dinding-dinding apartment tersebut mula runtuh dan Nasubi disambut dengan sorakan penonton di sekelilingnya.

Nasubi Is Revealed To The Audience 768X512 1

Apartment palsu ini terletak di tengah-tengah studio dan TV besar di belakangnya menunjukkan siaran langsung untuk ditengok oleh Nasubi. Namun begitu, Nasubi masih tak mengetahui bahawa rancangan tersebut telah ditayangkan terlebih dahulu.

Kerana melalui pengalaman yang terlalu dahsyat, ketika hos rancangan cuba untuk duduk dan memberitahu lelaki ini yang dia telah memenangi pertandingan tersebut, Nasubi hampir tak boleh berkata-kata.

Secara keseluruhan, Nasubi telah menghabiskan masa selama 15 bulan bersendirian di dalam apartment dalam keadaan bogel dan tanpa makanan yang cukup.

Rancangan tersebut telah memecahkan beberapa rekod dan buku memoir yang ditulis oleh Nasubi mengenai rancangan ini juga turut laris terjual. Tapi, rancangan ini juga turut memberi kesan yang mendalam terhadapnya.

Keadaan mental saya sangat teruk. Saya rasa macam, kenapa saya? Kenapa saya perlu lalui semua perkara ini. Saya rasa macam sanggup mati dari rasa seperti ini.

Setiap hari saya buat perkara yang sama, tulis beratus-ratus cabutan bertuah yang buatkan saya rasa terseksa dari segi mental berbanding fizikal. Walaupun saya nampak gembira sepanjang rancangan yang telah disunting itu, hakikatnya saya dalam kesakitan.”

Nasubi bagaimanapun berjaya menjalani kehidupan yang baik beberapa tahun selepas rancangan tersebut. Selepas cuba menyesuaikan diri semula untuk bercakap seperti orang biasa, lelaki ini telah meneruskan kerjayanya sebagai pelakon untuk rancangan popular Kamen Rider dan turut berjaya menawan Gunung Everest.

Ketika sekatan Covid-19, Nasubi turut bercakap tentang pengalamannya diasingkan ketika rancangan tersebut bagi memberikan semangat kepada orang-orang Jepun.

Duduk di rumah selama sebulan atau dua bulan tak akan buat anda semua mati. Saya dah buktikan dengan berjaya bertahan selepas dikurung selama setahun dan tiga bulan.”

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.