in

“Nasib tak kuat” – Netizen Terhibur Tengok Pengunjung Rumah Hantu Terlalu Takut Sampai Terpukul Kepala Kru

Rumah Sandekala

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Min nak tanya, korang pernah tak masuk rumah hantu? Rumah hantu yang selalunya ada kat taman tema tau bukan rumah hantu yang betul-betul berhantu…

Hari ni min nak kongsikan satu video yang viral di media sosial TikTok negara jiran, Indonesia. Setakat artikel ini ditulis, video pendek ini sudah meraih lebih 17 juta tontonan dan rata-rata pengguna media sosial terhibur sebab aksi spontan salah seorang pengunjung sebaik sahaja dia keluar dari rumah hantu tersebut.


c8bd3185 3aa2 4a2c 942a 92fb06f5886f 1654078594790 24e608b74cda05a026a55d0d53b0174b e1656214486394

Menurut sumber, rumah hantu yang dikenali sebagai Rumah Sandekala terletak di sebuah pusat beli-belah di Jakarta iaitu FX Sudirman.

Menerusi video yang dirakam di bahagian penghujung rumah hantu berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki berbaju hitam yang difahamkan adalah pekerja Rumah Sandekala sedang bersiap sedia untuk membuka pintu bagi membolehkan pengunjung keluar.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pintu terbabit dibuka, salah seorang pengunjung wanita secara spontan telah memukul kepala pekerja terbabit. Terkejut sangat kot…

Korang boleh tengok video tu kat bawah ni

@pupugls

Crewnya aja sampe di tabok sampe takut dan seru nya Rumah sandekala di FX Sudirman lt F3

♬ Sandekala – Risa Saraswati

Meninjau di ruangan komen, video terbabit meraih reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya terhibur dengan aksi spontan pengunjung terbabit. Ada juga pengunjung yang sama-sama rasa takut sebab melihat ada seorang pelakon rumah hantu yang menjadi hantu merangkak keluar bersama.

“Kalau aku pun nampak hantu merangkak macam ni memang lari tak cukup tanah lah jawabnya,” tulis netizen.

“Mesti kru tu tertanya apalah salah dia sampai kena hempuk macam tu,” kata pengguna lain pula.

“Ini yang paling aku takut ni kalau jadi kru rumah hantu. Ada pengunjung takut siap dengan refleks tendang, pukul mau injured,” komen seorang netizen pula.

Sumber: TikTok @pupugls

Baca: “Boleh suruh datang rumah” – Screambulance Sediakan Perkhidmatan Rumah Hantu Bergerak Di Jepun

feature 1 6 e1656213436579

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.