in

“Nasib la sape yang sangkut dengan family mokcik” – Ibu Aiman Tino Jawab Komen Netizen Lepas Digelar Mentua Dari Neraka

Aiman Tino

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, nama Aiman Tino dan keluarganya menjadi sebutan ramai selepas penyanyi itu katanya sudah berubah dan telah melupakan keluarga.

Ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil juga ada mendakwa anaknya kini telah dikongkong oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Farah, sehingga penyanyi tersebut mengabaikan kariernya juga.


Aiman Ibu

Selepas terpalit isu tersebut, Hazelina semalam telah memuat naik screenshot DM di Instagram yang telah dihantar oleh seseorang yang menggelarkannya sebagai mentua dari neraka. 

Makcik

Hazelina kemudian menulis kapsyen yang boleh tahan pedas, menjelaskan mengapa dia bertindak sedemikian terhadap anaknya.

Tak kenal maka tak cinta. Neraka tu kau, anak aku, aku nak bawa ke syurga…” tulisnya.

 

“Penat besarkan anak, lepas tu orang kikis” 

Tak cukup dengan itu, ibu Aiman juga menjelaskan situasi yang dihadapinya sebagai seorang ibu di ruangan komen.

Menurutnya, dia tidak tahan jika anaknya dipermainkan dari segi wang ringgit dan mendakwa wanita terbabit juga telah melakukan pelbagai perkara yang boleh membahayakan keselamatan anaknya.

Malah perkara ini juga sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada kerjaya Aiman yang mana penyanyi itu telah lama mendiamkan diri daripada dunia hiburan.

Aiman 1

Aiman 3

Aiman 2

Apa-apapun ramai netizen di ruangan komen memberi kata-kata semangat buat ibu penyanyi tersebut dan percaya apa yang dilakukan wanita ini adalah kerana dia sayangkan anaknya.

Harap masalah antara ibu dan anak ini selesailah dan mereka berbaik-baik semula. 

Baca: “Jangan libatkan dia” – Aiman Tino Jawab Dakwaan Abai Keluarga Kerana GF, Rupanya Sebab Lupa Call & Balas Mesej Ayah

Ft Aimantino

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.