in

Nasib Ibu Bapa Zayn Rayyan Diketahui Esok, Sama Ada Dituduh Atau Dibebaskan – Peguam

Ibu Bapa Zayn Rayyan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah enam bulan kejadian berlalu, perhatian orang ramai kembali tertumpu kepada perkembangan terkini kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayan Rayyan Abdul Matiin susulan penahanan kedua ibu bapanya direman sejak seminggu lalu.


Lebih mencuri tumpuan apabila ibunya, Ismanira Abdul Manaf dibawa ke rumah kediaman lama mereka di Blok R, Apartment Idaman, Damansara semalam dipercayai untuk melakonkan semula kejadian.

Peguam mewakili pasangan itu, Fahmi Abd Moin menyatakan nasib kedua-dua mereka akan diketahui esok, sama ada dituduh atau dibebaskan bergantung kepada kertas siasatan yang sedang dilengkapkan polis, sebelum tempoh reman ke atas mereka tamat esok.

Artikel berkaitan: “Saya masih mewakili ibu Zayn Rayyan” – Peguam Mahmud Jumaat Perjelas Statusnya

Artikel berkaitan: Kes Zayn Rayyan Sudah Hampir Ke Penghujung, Petunjuk Besar Didakwa Sudah Diperoleh Polis?

Jelas Fahmi, kertas siasatan yang dilengkapkan itu kemudiannya perlu dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) bahagian pendakwaan untuk semakan sebelum arahan selanjutnya.

Screenshot 2024 06 11 101648

Suspek akan dilepaskan jika…

Menurut beliau, sekiranya bahagian pendakwaan tidak berpuas hati dengan kertas siasatan berkenaan kebiasaannya bahagian pendakwaan akan memulangkan kembali kepada pasukan penyiasat untuk siasatan lanjut.

“Suspek atau orang yang disyaki (OYDS) hendaklah dilepaskan dengan jaminan polis. Sekiranya pendakwaan mendapati ada bukti kukuh untuk menuduh mana-mana individu, suspek akan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan.

“Pertuduhan boleh dilakukan pada hari sama reman OYDS tamat atau keesokannya bergantung kepada arahan AGC,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan hingga kini masih belum dapat bertemu anak guamnya (ibu bapa Zayn) dan tidak menerima sebarang makluman daripada pegawai penyiasat.

Semoga kes arwah adik Zayn Rayyan mendapat pembelaan sewajarnya.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.