in

“Nasib bukan durian” – Netizen ‘Menangis’ Tengok Mat Saleh Potong Manggis & Makan Dengan Kulit

feature 1 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kebanyakan orang Barat, buah-buahan tempatan macam rambutan atau durian tu sangat lah rare sebab benda ni tak ada di negara mereka. Jadi, kadang-kadang tu bila dorang makan buah ni, ada macam-macam reaksi sebab tak berapa sesuai dengan lidah dorang.  

Baru-baru ni viral sebuah video seorang Mat Saleh yang mencuba buah manggis di TikTok namun caranya makan buah tu buat ramai terkedu sebab dia makan tanpa kupas kulit terlebih dahulu! Dalam video tu, lelaki yang dikenali sebagai Scott ini telah mencuba tiga jenis buah iaitu limau bali, manggis dan rambutan.


@scottsreality

Wait for fruit #3 ?? Who knows all of these fruits and what’s your fav? ?

♬ SugarCrash! – ElyOtto

Scott juga telah memotong buah manggis kepada dua bahagian dengan pisau tanpa mengupas kulitnya terlebih dahulu dan makan dengan kulitnya sekali. Bukan tu je, dia juga makan rambutan dengan cara yang sama. Harapnya dia tak telan lah biji rambutan tu. 

buah 4

buah 1

Difahamkan, dia sekarang sedang menetap di Bali jadi dia banyak mencuba buah-buahan yang terdapat di Indonesia. Scott juga memberi rating untuk setiap buah yang dicuba dan yang menariknya, walaupun manggis tu dimakan dengan kulit, dia still rate buah tu dengan 8/10.

Manakala buah limau bali mendapat rating tujuh per sepuluh dan rambutan pula dapat markah penuh. Mungkin ada kot rasa yang sedap pada kulit manggis yang kita tak tahu sebab tak pernah la pulak kita makan macam tu kan. 

buah 2

Dalam video yang lain pula, dia juga telah mencuba buah nangka, pisang dan nanas. Seram pulak tengok cara dia makan buah nangka tu. 

Rata-rata netizen terkedu dengan cara Mat Saleh ni makan buah-buahan tempatan. Ada yang sampai kena guna emoji menangis untuk menyatakan perasaan dorang tengok cara lelaki ni makan buah tersebut. 

photo6248873581559786130

Namun, ada juga yang menjelaskan cara sebenar yang perlu digunakan kalau nak makan ketiga-tiga buah terbabit di ruangan komen. Setakat ini, video tersebut telah mendapat 12.7 juta tontonan, 1.4 juta likes dan hampir 40 ribu komen daripada netizen (ketika artikel ini ditulis).

photo6248873581559786131

Harapnya dia tak sakit perut lah walaupun dah termakan kulit manggis tu. 

Baca: “Aku pulak rasa naik hantu dengar sebutan tu” – Netizen Geli Hati Dengar Mat Saleh TikTok Sebut Nama-nama Hantu Melayu 

buah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.