Satu video viral di media sosial menunjukkan rakaman dari dashcam sebuah kereta di Lebuhraya PLUS menghala selatan berdekatan Pedas Linggi.
Pada mulanya video itu nampak normal namun tiba-tiba beberapa saat kemudian ada seorang kanak-kanak berbaju merah terbaring di atas lane kanan. Sebuah lori kemudian dilihat berhenti di depan kanak-kanak tersebut untuk menghalang daripada dilanggar kenderaan lain dan membantu.
Menurut pemilik dashcam, walaupun tarikh pada kamera menunjukkan tahun 2018 namun rupanya dia akui tak sempat untuk tetapkan masa serta tarikh sebenar. Kejadian itu sebenarnya berlaku semalam kira-kira jam 3.20 petang dan bapa saudara kanak-kanak tersebut telah berkongsi di Facebook tentang kejadian yang menimpa mangsa.
Katanya, kereta Honda Civic yang dipandu adiknya itu telah dilanggar oleh dua buah kereta lain yang sedang berlumba. Perlanggaran itu menyebabkan anak adiknya tercampak keluar serta terseret di atas jalan raya.
Myvi putih langgar kereta adik saya, (menyebabkan) anak dia tercampak dari kereta.”
Menurut pemilik dashcam itu, dia menjadi saksi ketika dua buah kereta itu berlumba. Katanya, sebuah Honda Jazz dan Myvi berlumba dan ketika bertukar ke lane ketiga dari lane pertama, Myvi itu telah melanggar Honda Civic tersebut.
Satu gambar dimuat naik bapa saudara kanak-kanak itu menunjukkan dia mengalami kecederaan di kaki kiri dan tangan kiri serta bahagian dahinya. Tidak pasti seteruk mana kecederaan dialami kanak-kanak itu namun difahamkan keluarga telah pun mendapat maklumat tentang no plat kereta yang melanggar itu.
Tonton video di bawah:
Harap accident ni jadi pengajaran. Menunjukkan betapa pentingnya car seat untuk anak-anak kecil kita…