Kira-kira dalam 2 hari lepas, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) ada mengeluarkan amaran hujan berterusan di seluruh negara sehingga 1 Mac. Ia berikutan luruan monsun dijangka berlaku sehingga awal Mac menyebabkan cuaca buruk berlarutan, lapor Kosmo!
Malah, MetMalaysia juga malam tadi ada memberikan amaran hujan si seluruh Johor dan kawasan di daerah Rompin, Pekan (Pahang) diramal berlaku hujan sangat lebat berterusan (Bahaya) sehingga Khamis.
Siling rumah runtuh akibat hujan lebat
Dengan keadaan cuaca hujan lebat berterusan ini, dapat dilihat tular video dan foto di media sosial menunjukkan beberapa kawasan tersebut telah dinaiki air sejak malam tadi.
Malah, pastinya ia juga memberikan kesan kepada kebanyakan penduduk akibat cuaca ini. Jika bukan banjir, pasti akan jadi kejadian tanah runtuh dan memberikan pada struktur rumah seperti satu kes ini.
Di Twitter, satu video berdurasi 1 minit 51 saat memaparkan keadaan di sebuah rumah yang menunjukkan siling rumah tersebut tiba-tiba retak kerana hujan lebat. Menurut pemilik video, dia bersama ahli keluarga sedang duduk di rumah sebelum menyedari kejadian itu berlaku.
Panik melihat keadaan siling yang semakin merekah, ahli keluarganya alihkan barang-barang di ruangan tersebut, sebelum runtuh.
Dalam masa 21 jam, video ini telah meraih 5 juta tontonan di TikTok dan rata-rata netizen turut bimbang melihat kejadian ini, malah ada juga yang mempersoalkan aspek pembinaan rumah tersebut.
https://www.tiktok.com/@qilskye/video/7205102569574649114?q=qilskye&t=1677644278259
Rumah pun dah bahaya nak duduk – Netizen
Lokasi kejadian dan waktu buat masa ini masih belum dikenalpasti, mudah-mudahan tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan semua penghuni selamat.
Baca : Berbaju Kurung Ketika Lawat Kawasan Banjir, YB Young Syefura Dapat Komen Lucah Lelaki Gatal