in

“Nasib baik ada dashcam” – Individu Baring Atas Jalan, Pura-pura Dilanggar Kini Diburu Polis

Baring Atas Jalan 1

Taktik menjadi ‘mangsa’ kemalangan sebelum ini banyak dilihat berlaku di luar negara, individu yang berbuat demikian difahamkan ingin menuntut wang insurans atau dengan kata lain ingin mendapat easy money.

Apa yang mengejutkan, taktik itu seperti sudah sampai di Malaysia. Terbaru, sebuah video tular yang memaparkan seorang lelaki bertindak baring di tengah jalan dan berlakon seakan dilanggar oleh kereta yang lalu di situ.

Menurut laporan Berita Harian, insiden tersebut difahamkan berlaku di jalan yang berhampiran dengan stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, polis telah pun mengesan rakaman video kejadian tersebut selepas ia dimuat naik di Twitter pada jam 4.30 petang kelmarin, bagaimanapun, pihak polis belum mengetahui masa dan tarikh kejadian itu.

“Satu laporan polis sudah dibuat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam.

Kita sedang mengesan individu terbabit dan kejadian itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh, Perak berdasarkan rakaman yang tular,” katanya.

Selain itu, beliau turut memberitahu orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Fadli Ahmad di talian 019-2500019.

Baca: [VIDEO] Wanita Panik Lelaki Warga Asing Tiba-tiba Lompat Atas Kereta Di Jalan Raya

Warga Asing Lompat Atas Kereta