Kebiasaannya bila ada majis kenduri, tuan rumah pasti akan menyediakan makanan percuma untuk para tetamu yang terdiri daripada keluarga, kawan-kawan dan orang terdekat.
Pun begitu, satu video berdurasi kurang 2 minit telah tular di TikTok memaparkan situasi lain daripada yang lain apabila tetamu di sebuah majlis di Thailand yang perlu membayar makanan yang mereka ambil.
Nasi percuma yang lain kena bayar
Dalam video yang dimuat naik oleh @sazalibinyaakob, dia dan keluarga sedang duduk di sebuah meja tetamu di majlis tersebut. Dalam masa yang sama, ada seorang individu telah datang ke meja mereka sambil membawa raga berisi lauk pauk yang dibungkus dalam bekas makanan.
Setelah mengira kesemua lauk yang dipilih, individu tersebut mengira jumlah yang perlu dibayar oleh tetamu. Selepas itu, datang seorang lagi individu yang membawa raga berisi air dalam cawan sebelum menawarkannya kepada para tetamu.
Artikel berkaitan: “Tapai, pulut tak ada apalah” – Netizen Menyampah Tengok Pakcik ‘Demand’ Macam-macam Dekat Kenduri Orang
Artikel berkaitan: ‘Ada apam balik, rojak..’ – Gadis Kongsi Suasana Moreh Masjid Bukit Jelutong, Dah Macam Kenduri!
Pertama kali dapat jemputan kenduri tapi lauk dan air minum kena bayar. Nasi percuma. Anda biasa ke macam ni?
Di atas meja juga ada beberapa pinggan yang disusun bersama sudu besi serta bungkusan nasi dan setiap tetamu perlu menuangkan nasi mereka ke dalam pinggan masing-masing.
@sazalibinyaakob @abuyasolution @Pakar Jantung Dr Rahim @AshyleyStudio @AshamarRadzi #upahajinakbantuanda #kenduridipondok#satun #ustaz #fypシ #fypシ゚
Kenduri sumbangan?
Situasi yang berlaku di Thailand itu telah membuatkan netizen di ruangan komen berasa bingung.
Pun begitu, ada netizen mendakwa itu adalah kenduri sumbangan dan bayaran tersebut akan disalurkan kepada masjid, sekolah dan sebagainya.
Tapi.. makanan dia nampak menarik pulak!
Sumber: TikTok