in

NASA Kesan Asteroid Gergasi, Dijangka Bakal Langgar Bumi Pada Februari 2046

cover 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terdapat berjuta-juta asteroid dalam sistem suria kita, dan ada beberapa serpihan kecil yang berpotensi memberi kesan buruk kepada bumi. Bagaimanapun, saintis menemui satu serpihan asteroid yang dijangka memberi risiko besar kepada kita.

Asteroid yang dikenali sebagai 2023 DW itu pertama kali dikesan pada 26 Februari lalu. Ia kini ditambah dalam Senarai Risiko NASA selepas dikaji boleh membawa beberapa jenis impak kepada bumi.


Bagaimanapun, agensi itu menasihati orang ramai agar kekal tenang. 2023 DW dikatakan mempunyai kedudukan Skala Torino 1, bermakna ia diramalkan akan menimbulkan bahaya namun tidak luar biasa.

1627101434 asteroid 1200x800 1

Menurut penyelidik, asteroid tersebut mempunyai diameter kira-kira 50 meter panjang, bersamaan dengan panjang kolam renang bersaiz Olimpik. Namun, mereka masih meletakkan kemungkinan saiz asteroid itu bersaiz lebih besar daripada yang dijangka.

Agensi Angkasa Eropah (ESA) menganggarkan asteroid tersebut mempunyai peluang 1 dalam 607 untuk memberi kesan kepada bumi, dan dijangka mengambil tempoh lebih daripada dua dekad. Agensi ini meramalkan 2023 DW boleh memberi kesan kepada bumi pada bulan Februari 2046.

Semoga yang baik-baik saja buat kita semua. 

Kredit: CBS News

BACA: Asteroid Gergasi Sebesar Dua Padang Bola Bakal Lintasi Bumi Sekitar Jam 2.37 Petang Nanti

Capture 4

Sumber: News18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.