Sabrina Azhar merupakan seorang influencer yang sering berkongsi kehidupannya sebagai seorang pelajar di universiti ternama di Korea Selatan, dia juga sebelum ini banyak memuat naik video dance cover lagu-lagu K-Pop.
Terkenal menerusi media sosial TikTok, Sabrina juga pernah menemubual artis K-Pop popular TWICE serta pelakon-pelakon Money Heist versi Korea.
Artikel berkaitan: “Tak sabarnya nak tengok!” – Netizen Teruja Influencer Hijabi Bakal Berlakon K-Drama
Artikel berkaitan: Artis K-POP Dipuji Netizen, Beri Laluan Untuk Peminat Muslim Tunaikan Solat Maghrib Ketika Konsert Di KL
Baru-baru ini, dia melakar sejarah apabila membuat debut dalam arena K-Drama dengan membintangi sebuah siri yang bertajuk Girl In The Mirror.
Drama tersebut menceritakan kisah-kisah remaja di sekolah yang berdepan dengan masalah buli serta perkauman, difahamkan drama tersebut boleh ditonton menerusi laman YouTube.
Walaupun pencapaiannya itu dikira besar, namun masih ada segelintir netizen yang merasakan Sabrina sepatutnya menjaga batasnya sebagai seorang muslimah, kerana terdapat babak dalam drama itu yang memaparkan dia memegang tangan pelakon lelaki.
@jiminsroti I’d give him my babas number right there tbh #jiminsroti #girlinthemirror #kdrama #kdramaeditss #fyp #sabrinaazhar #jpbrinx #girlinthemirrorkdrama #girlinthemirroredit fake scene@Sabrina 리나
Dalam babak itu, kelihatan Sabrina terjatuh selepas ditolak oleh seorang gadis lain sebelum seorang lelaki mengangkatnya semula.
“Terkejut aku tengok dia pegang-pegang”
Ramai yang merasakan Sabrina tidak sepatutnya memegang pelakon lelaki tersebut ada juga yang mengatakan dia perlu mengasah lagi skil lakonannya.
Hm, tapi nampak macam best pulak siri ni…
Sumber: TikTok