Minggu lepas, media sosial digemparkan dengan sebuah video yang menyayat hati di mana seorang bapa meratap kematian anaknya yang dibaham buaya ketika sedang melakukan aktivit mendayung di kawasan laut Sabah.
Video tersebut telah tular dan mendatangkan rasa simpati netizen sehingga ke hari ini.
Terbaru, Adrian Edy yang merupakan seorang influencer TikTok yang terkenal dengan content amalnya berkesempatan menziarahi bapa yang kehilangan anaknya itu dan bertanyakan khabar.
@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😭 #fyp #adrianedy
Menerusi video itu, lelaki yang dikenali sebagai Morehan itu memberitahu dia sudahpun berdamai dengan takdir dan meredhai pemergian anaknya itu.
“Pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya.” tulis Adrian di ruangan kapsyen.
Morehan turut menunjukkan kecederaan di bahagian lengan yang didapatinya ketika bertarung dengan binatang buas itu untuk menyelamatkan anaknya.
Selain itu, Adrian berkongsi dia turut memberi sedikit wang sumbangan kepada Pak Cik Morehan serta memberikan kata-kata semangatnya agar dia terus kuat.
“Senyum dalam duka”
Perkongsian Adrian itu mendapat perhatian netizen dan ramai yang sayu serta mendoakan bapa yang kehilangan anaknya itu.
Semoga Pakcik Morehan kekal tabah…
Baca: Sedih! Bapa Meraung Kesedihan Tengok Anak Usia 3 Tahun Kena Baham Buaya Depan Mata