Siapa tak kenal dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kan. Selaku penyanyi popular Malaysia, sudah tentulah setiap tingkah laku Siti Nurhaliza sering diperhatikan ramai.
Seperti baru-baru ini, Siti Nurhaliza atau juga mesra disapa TokTi telah menjadi tumpuan ramai apabila gelagatnya memegang seekor katak besar telah membuat ramai terhibur.
Siti Nurhaliza telah berkongsi sebuah video di Instagram beliau di mana TokTi telah memegang katak tersebut ketika cabaran Fear Factor bersempana aktiviti team building CTDK baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: “Sambil senyum je dia perli” – Tok Ti Selamba Respon Pasal Isu ‘Tak ada Job’ Masa Sesi Live
Artikel berkaitan : “Mungkin baru keluar dari tempurung” – Siti Nurhaliza Ketawa Bila Dituduh Tak Ada Job
Dalam video yang berdurasi selama lebih seminit itu, dapat dilihat Siti Nurhaliza telah mencuba untuk memberanikan diri untuk memegang katak tersebut.
Namun, apa yang mencuit hati warganet ialah reaksi suami Siti Nurhaliza iaitu Datuk K yang bergurau meminta TokTi untuk tidak memasak nasi selama dua minggu selepas TokTi memegang katak tersebut.
Meninjau ke ruangan komen juga, ramai peminat terhibur dengan gelagat TokTi yang berulang kali meminta maaf kepada katak itu kerana terpaksa memegang haiwan tersebut.
Memang berani la kan Tok Ti ni, kalau kita confirm dah nangis sebab geli.
Sumber: Instagram @ctdk