in

“Nangis sekali weh” – [VIDEO] Cikgu Beri Pensel Yang Dibacakan Doa Untuk Pelajar SPM

Cikgu Sebak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui kini sedang berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pelajar-pelajar tingkatan 5.


Selain mengajar dan mendidik pelajar-pelajar, guru-guru antara individu terpenting dalam memberikan semangat kepada mereka yang ingin menghadapi antara peperiksaan akademik terbesar di Malaysia itu.

Terbaru, sebuah video telah tular di mana seorang guru mendatangkan hiba ramai apabila beliau menangis meminta calon-calon SPM yang diajarnya untuk menggunakan pensel yang diberi.

https://www.tiktok.com/@milkinpeach/video/7201078698907356443?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378

Beliau turut memberitahu bahawa pensel-pensel itu telah dibacakan doa serta Surah Yassin bertujuan memudahkan serta melancarkan anak-anak didiknya untuk menjawab peperiksaan subjek Sejarah.

“Tak pasal-pasal menangis sekali” 

Video pendek itu menarik perhatian ramai netizen, rata-rata terharu dengan perbuatan guru tersebut yang ‘berjuang’ sehingga ke garisan akhir untuk pelajar-pelajarnya.

Tidak kurang juga, ramai yang berharap agar cikgu tersebut dihargai oleh semua anak muridnya.

Cats 42

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mencecah lebih 2 juta tontonan serta lebih 1K komen.

Semoga cikgu ini sentiasa tabah dalam memberikan ilmu kepada anak-anak muridnya…

Baca: [VIDEO] Netizen Sebak Lihat Reaksi Lelaki Mualaf, Teruja ‘First Time’ Jumpa Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.