Pelajar di Sekolah Rendah Groff, Moses Lake, Amerika Syarikat terkejut setelah mendapat memo ‘perintah berkurung’ di dalam kelas masing-masing apabila pihak guru mendapati seekor singa berkeliaran di pekarangan sekolah.
Bagaimanapun, setelah siasatan lanjut dijalankan, pihak berkuasa mendapati singa tersebut sebenarnya hanyalah seekor ‘Oyen’ gemuk yang sedang berkeliaran mengejar tikus.
Menurut guru di sekolah tersebut, mereka memandang serius perintah berkurung dan cuba memastikan semua pelajar berada dalam kelas dalam keadaan berjaga-jaga.
Artikel berkaitan: “Oyen buat perangai” – Menyorok Dalam Dashboard Kereta Sebab Takut Vaksin, Gelagat Kucing Ini Buat Orang Ramai Geli Hati
Artikel berkaitan: Tak Dapat Tikus Anak Itik Jadi Mangsa, Gelagat Kucing ‘Oyen’ Buat Netizen Geli Hati
Tambahnya, semua pelajar diminta mengikut segala protokol yang membenarkan sesi pembelajaran diteruskan, namun semua pihak perlu berada dalam kawasan sekolah.
“Kami ingatkan singa, rupanya kucing gemuk. Ini kali pertama sekolah berhadapan dengan laporan sebegini.”
“Tidak lama kemudian, guru dan pelajar dibenarkan meneruskan aktiviti seperti biasa,” katanya.
Menurut TrillMag, kawasan Moses Lake sememangnya menjadi habitat semula jadi bagi ribuan singa. Jadi, tidak hairanlah ‘salah faham’ tersebut boleh berlaku.
Jelas pihak Sekolah Rendah Groff, mereka telah menerima laporan daripada pelbagai pihak yang mendakwa telah melihat ‘singa’ tersebut pada waktu pagi.
“Mungkin penglihatan pada waktu pagi tidak jelas. Tetapi, pihak sekolah masih memandang laporan tersebut dengan serius.
“Kami tidak mahu pelajar sekolah berhadapan dengan sebarang bahaya,” jelasnya.