K-Clique adalah nama kumpulan hiphop yang sedang meningkat naik. Kumpulan ini memang mendapat perhatian para peminat seni tanah air dan tak kurang juga para gadis dari berbilang bangsa.
Bercakap mengenai gadis dan K-Clique, ada satu peristiwa yang berlaku semalam. Seorang gadis telah mencium salah seorang anggota kumpulan itu, MK. Cuba korang tengok sendiri video dekat bawah ni.
https://twitter.com/nrsymrzrn/status/1177867547204440065?s=21
MK terkejut
Sapa yang tak terkejut bila orang yang tak dikenali buat macam tu. Admin tengok muka MK tu sangat tak selesa dari mula-mula perempuan tu datang duduk dekat sampailah habis video tu. Tapi sebab nak layan peminat punya pasal, layankan aje lah
Tak kisah lah sesiapun lelaki atau perempuan sekalipun, maruah diri sepatutnya dijaga. Bukan sesuka hati buat benda tak senonoh macam tu.
Tu lah admin pun perasan, terus berubah muka dia. Lain macam betul perangai perempuan tu.
Kann.. admin kesian gak dekat MK sebab dia jadi mangsa keadaan. Tak pasal-pasal busuk nama macam tu je
Yang ni admin no comment. Pasal jantina seseorang tu biarlah hanya diri dia dan yang menciptanya sahaja yang tahu.
Baca: “Sampah” – Persembahan & Lirik Lagu Malu Apa Bossku Ini Undang Kecaman Netizen