in

“Nampak coli bukan bogel pun!” – Zizi Kirana Lali Dengan Kritikan dan Cacian Netizen

Zizi F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Nampak coli bukan bogel pun!" - Zizi Kirana Lali Dengan Kritikan dan Cacian Netizen
Loading
/

Sebagai artis dan personaliti tv, mereka tidak akan terlepas daripada mendapat perhatian netizen selain menerima kritikan keyboard warrior di media sosial. Begitu juga penyanyi, Zizi Kirana yang mengaku sudah lali dengan kritikan dan cacian dari netizen.

Zizi, 32, yang baru sahaja mengeluarkan single terbarunya berjudul Boleh Jalan ciptaan Dj Fuzz dan Waris akui tidak berniat untuk menyindir mana-mana individu menerusi lagu tersebut.


Zizi 5
sumber: instagram

Menurut Malaysian Digest, Zizi berkata bahawa lagu tersebut dihasilkan untuk menegur netizen yang sering mengkritik serta meninggalkan komen tidak bermoral mengenai sesuatu isu di alam maya.

Ramai yang fikir lagu tersebut adalah sindiran kepada mereka yang pernah kecam saya kerana isu berpakaian seksi sebelum ini.”

Zizi 2
sumber: instagram

Lagu tersebut turut menyentuh berkenaan banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita terutamanya keyboard warrios yang sering mencari kesalahan orang lain, terutamanya selebriti.

Zizi bagaimanapun akui tidak mahu ambil kisah mengenai hal itu dan sebaliknya gembira kerana lagu itu mendapat sambutan hangat. Kalau nak tahu, klip video Boleh Jalan kini sudah mencecah hampir 370,000 tontonan sejak dimuat naik di Youtube dua minggu lalu.

Sumber: Youtube

“Saya sendiri tidak menyangka penerimaan pendengar dan jumlah tontonan juga meningkat begitu pantas.

Kalau ada yang nak kecam juga, kecamlah! Saya sudah lali dengan kritikan dan cacian.”

Sebelum ini, Zizi menjadi perhatian netizen selepas dikatakan sering muncul berpakaian seksi sehingga menampakkan coli serta sebahagian dari tubuhnya.

Zizi 6
sumber: instagram

Menurut mStar, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mohd Tahil bagaimanapun berkata, cara pemakaiannya sememangnya seperti itu sejak bergelar artis.

Mana ada seksi, saya masih berpakaian bukan bogel pun. Saya sudah berpakaian begini sudah lama cuma netizen sahaja baru perasan.”

Akui tidak terlalu mengambil pusing dengan komen negatif, Zizi berkata tohmahan yang mengaitkan agama dengan penampilannya adalah tidak wajar.

Ada yang tuduh saya seperti tiada agama dan menghukum saya tanpa mereka mengenali saya. 

Pada saya tentang agama biarlah urusan saya dengan Allah. Mereka tidak perlu menjatuhkan hukum mengikut apa yang mereka nampak dengan apa yang saya tunjuk di Instagram sahaja.”

Zizi 3
sumber: instagram

Biasalah, kalau dah jadi artis memang sentiasa menjadi perhatian orang ramai. Sebab tu orang kata, kena jaga cara pemakaian, tingkah laku dan pergaulan. 

Baca: “Merecik hawau…” – Kilafairy Tidak Peduli Komen Berbaur Lucah Dari Netizen

Kila Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.