Dalam budaya kita, makanan adalah sebahagian daripada gaya hidup harian. Pagi makan nasi lemak atau roti canai, tengah hari lauk kari, petang pula teh tarik dan kuih muih. Tapi, setiap kali kita menikmati makanan yang tinggi karbohidrat atau tinggi kandungan gula, kita bukan sahaja mengenyangkan perut sendiri, tetapi secara tidak langsung kita beri ‘makanan’ kepada bakteria dalam mulut tau!
Apabila bakteria mula terkumpul, masalah seperti plak, masalah gusi, nafas berbau dan kaviti pun boleh muncul. Pada awalnya mungkin nampak remeh seperti mulut berbau atau rasa tidak selesa, tetapi lama-kelamaan ia boleh menjejaskan keyakinan diri dan selera makan kita.
Makanan sedap buat bakteria lebih aktif
Kalau korang nak tahu, sisa makanan yang melekat di gigi dan celah gusi menjadi sumber utama tenaga untuk bakteria membiak. Kalau tak dibersihkan dengan betul, bakteria ini akan mula menghasilkan plak, menyerang gusi, menghasilkan bau yang kurang menyenangkan dan akhirnya menyebabkan hakisan enamel serta kaviti.
Malah, bila kami cuba sendiri guna bacteria detector lepas makan nasi berlauk, hasilnya sangat mengejutkan. Walaupun secara zahirnya gigi nampak bersih, bacteria detector tunjukkan tompokan warna pink terang di celah-celah gigi dan gusi. Ini membuktikan bahawa tanpa perlindungan yang betul, bakteria tetap aktif walaupun kita rasa macam dah cukup jaga kebersihan gigi.

Sebenarnya, rutin memberus gigi semata-mata setiap hari tak cukup tau. Lagi-lagi kalau ubat gigi yang korang gunakan tak berikan perlindungan menyeluruh terhadap bakteria.
Colgate Total: Perlindungan antibakteria 24 jam untuk mulut yang lebih sihat
Tapi jangan risau, dengan teknologi formula baharu, Colgate Total memberikan perlindungan antibakteria selama 24 jam apabila digunakan dua kali sehari secara berterusan selama 4 minggu dan bukan hanya sejurus selepas memberus sahaja.
Ubat gigi ni bukan sahaja membersihkan tapi turut mencegah lapan masalah utama kesihatan mulut yang sering mengganggu kita seperti kaviti, nafas berbau, masalah gusi, plak, karang gigi, hakisan enamel, gigi sensitif, dan kotoran pada gigi.
Lagi best, Colgate Total kini hadir dalam enam varian berbeza yang bukan sahaja mengikut keperluan mulut kita, tetapi juga memberikan pengalaman memberus yang unik dengan tahap buih dan rasa pudina yang berbeza, bergantung kepada citarasa dan keselesaan.
Pencegahan Harian
- Colgate Total Charcoal Clean – Dengan buih yang pekat dan rasa pudina yang sederhana serta menyegarkan, ia juga membantu menghilangkan kesan kotoran pada permukaan gigi.
- Colgate Total Whitening – Mencerahkan gigi secara lembut dengan membantu menanggalkan kotoran luaran, varian ini hadir dengan buih sederhana dan rasa pudina yang segar tetapi tidak terlalu kuat
- Colgate Total Fresh Mint – Memberikan perlindungan menyeluruh sambil mengekalkan kesegaran mulut sepanjang hari, dengan buih yang lembut dan rasa pudina yang ringan.
Pencegahan Aktif Plus
- Colgate Total Deep Clean – Memberi pembersihan mendalam untuk mulut terasa lebih bersih, dengan buih yang sangat pekat dan rasa pudina yang kuat serta menyejukkan.
- Colgate Total Sensitivity + Gum Health – Membantu mencegah masalah gigi sensitif dan meningkatkan kesihatan gusi, dengan buih yang ringan serta rasa pudina yang sangat lembut.
- Colgate Total Breath Health – Memberikan nafas segar berpanjangan sambil melindungi daripada 8 masalah mulut, dengan buih dan rasa pudina yang seimbang untuk kegunaan harian.
Dengan rutin memberus dua kali sehari dan pilihan varian yang sesuai, kesihatan mulut dapat dijaga dari setiap sudut.
Bila mulut sihat, confident pun meningkat
Lebih-lebih lagi, dalam dunia hari ini di mana keyakinan diri banyak bergantung kepada penampilan dan interaksi sosial, penjagaan kesihatan mulut jadi semakin penting. Senyuman yang sihat memudahkan kita untuk berkomunikasi, menikmati makanan kegemaran tanpa sekatan, dan berhadapan dengan dunia tanpa rasa segan. Nak selfie senyum lebar pun tak malu!
Dengan Colgate Total, kita bukan sekadar membersihkan mulut, tetapi juga melindungi diri daripada masalah kesihatan mulut yang boleh mengganggu rutin harian kita. Masalah karang gigi, nafas berbau yang memalukan, plak yang menghakis keyakinan, dan gusi yang lemah ni semuanya boleh dicegah lebih awal dengan pilihan yang tepat.
Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan Colgate Total di farmasi dan pasar raya seluruh Malaysia atau di Shopee atau Lazada. Kalau ini bukan masa terbaik untuk mula jaga kesihatan mulut secara menyeluruh, bila lagi? Jangan tunggu sampai masalah jadi serius baru nak bertindak.