Pelakon veteran, Hamidah Wahab, 69, kesal terpaksa menanggung malu dan reputasinya tercalar apabila dituduh menjadi seorang ‘scammer’ setelah didakwa telah berkomplot, menipu dan mengambil wang RM100,000 daripada seorang lelaki.
Susulan itu, pelakon drama Tanah Kubur tersebut berjanji akan membawa seorang lelaki yang menuduhnya sebagai ‘scammer’ itu ke muka pengadilan kelak.
Menurut Hamidah, dia tidak sangka nama baiknya sebagai figura awam yang memulakan karier lakonan sejak tahun 1970-an itu musnah dengan begitu sahaja dan menganggap tuduhan tersebut sebagai terlalu kejam buat dirinya.
Memang terasa amat sangat sebab belum pernah seumur hidup saya, nama saya tercemar. Tuduhan ‘scammer’ bukan kecil, boleh dibawa ke mahkamah, saya takkan berdiam diri.
“Saya akan buat saman malu dan juga saman fitnah selagi dia tak datang minta maaf. Saya nak dia ‘bersihkan’ nama saya. Dia perlu akui apa yang dilakukannya adalah fitnah dan pembohongan.
“Saya juga nak dia datang jumpa kami sekeluarga dan berterus-terang terhadap tindakannya. Kalau ikutkan, saya nak saja dedahkan wajahnya,” katanya dalam satu sidang media khas.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Ingatkan scammer” – Peniaga Terkejut Zizan Razak Masuk Live Beli Semua Kek Lapis Untuk Sumbangan Masjid
Artikel berkaitan: Keluarga Mangsa Nahas UPSI Diuji Apabila Scammer Ubah Butiran Bank Ke Akaun Peribadi
Dalam pada itu, Hamidah juga memaklumkan yang dia sudah membuat dua laporan polis terhadap lelaki terbabit.
Dia juga pada masa yang sama telah menyimpan segala bukti tuduhan yang dikenakan terhadapnya oleh lelaki tersebut.
Saya simpan semua bukti tuduhan dia terhadap saya. Kalau betul saya tipu dia wang sebanyak itu, tunjuklah segala bukti penyata bank atau apa. Dia ingat senang-senang bank luluskan amaun itu?” katanya.
Hamidah juga pada masa yang sama mempersoal motif individu berkenaan dan mendakwa ia sengaja dilakukan untuk menjatuhkan dirinya dan keluarga atas dasar dengki dan khianat.
Sementara itu, Hamidah juga berharap namanya dapat dibersihkan daripada tuduhan tersebut yang turut memberi kesan terhadap emosi dirinya.
“Orang sampai hubungi saya minta kepastian tidak kurang yang percaya pasal tuduhan itu. Selama ini saya cukup menjaga nama baik dalam hidup dan alih-alih tercemar kerana hal ini,” katanya lagi.
Terdahulu, tular satu video di media sosial yang mendakwa Hamidah dan adik perempuannya, Juriah Abd Hamid serta anak saudara, Muhammad Afique Ab Mahat menipu seseorang dengan mengambil sejumlah wang.
Malah dua lagi anak saudaranya iaitu Dr Diyana Mahat dan Mardiah Ab Mahat turut dikatakan menjadi mangsa tuduhan individu tersebut.
Sumber: Harian Metro