Sejak belakangan ini, ramai selebriti dan influencer Malaysia mula melibatkan diri dalam sesi podcast untuk memberi pandangan atau idea peribadi dalam mengupas isu tertentu.
Baru-baru ini, pelakon otai tanah air Datuk Rosyam Nor memberi pandangan bahawa perlunya rumah pelacuran di negara ini menerusi satu podcast bertajuk Hitam Putih Kehidupan.
Menurut pelakon itu, rumah pelacuran perlu ada memandangkan di Malaysia terdapat lambakan warga asing sebanyak tiga juta dan kebanyakannya adalah kaum lelaki.
Artikel berkaitan: “School ni waste of time sebenarnya” – As’ad Motawh Dakwa Sistem Persekolahan Patut Diubah
Artikel berkaitan: “Ada 60 hektar tanaman manggis!” – Jawapan Usahawan Ini Buat Rosyam Nor ‘Garu Kepala’
@suhanchannelofficial Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita
♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Suhan Channel Official
Kewujudan rumah pelacuran membolehkan para pekerja asing ‘melepaskan nafsu’ selepas berada berjauhan dengan pasangan dan dalam masa yang sama meluahkan kebimbangan akan berlaku perkara tidak diingini jika perkara itu tidak dibendung.
“Bini semua tinggal ni, namanya pun lelaki, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana? Dia tengok anak bini kita, anak dara kita, silap-silap dia rogol.
“Bila ada rumah pelacuran, mereka sekurangnya pergi ‘bayar’ di sana. Tapi ini pendapat peribadi saya, mungkin saya salah, mungkin saya betul.” ujarnya.
Kenyataan itu bagaimanapun telah mencetus perdebatan netizen, rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pelakon ini.
Pun begitu, ada juga yang berpendapat kenyataan Rosyam Nor adalah relevan bagi menangani jenayah rogol di sini.
Sekadar info, undang-undang di Malaysia tidak membenarkan rumah pelacuran dalam negara dan premis yang tersedia telah beroperasi secara haram.
Hmm, apa pandangan korang?
Sumber: TikTok