Dah jadi lumrah untuk seseorang tu kenal dengan lebih rapat pasangan masing-masing sebelum berkahwin. Tu pun kadang-kadang manusia boleh berubah lepas kahwin. Mana tak nya, sedangkan pantai lagi berubah, ini kan pula hati manusia.
Kali ini admin nak share benda rare yang dilakukan oleh pasangan dari Ukraine ini. Mereka sanggup ‘mengunci’ tangan bersama selama tiga bulan sebab nak uji keutuhan hubungan cinta, lapor Daily Mail.
Difahamkan, Alexander dan Viktoria memutuskan untuk mengunci tangan mereka menggunakan rantai besi pada Valentine’s Day yang lalu.
Sebagai simbolik hubungan mereka, acara bersejarah buat pasangan itu telah dilakukan di depan Patung Perpaduan di Kiev.
Selapas tangan ‘dikunci’, pasangan tersebut akan ke mana-mana sahaja bersama-sama selama tiga bulan. So, pergi toilet dan makan semuanya akan dibuat bersama-sama.
Menurut Alexander, mereka nak cipta rekod kebangsaan dengan merantai tangan bersama. Viktoria dan Alexander telah dipastikan waras oleh wakil Rekod Kebangsaan Ukraine, Vitaly Zorin sebelum memulakan cabaran ni.
Kalau korang rasa kemungkinan besar yang dorang ni tak akan bertahan, korang silap sebab pasangan ni confident yang mereka boleh melalui tempoh ini.
Namun, menurut Vitaly Zorin, mereka akan memerlukan bantuan untuk potong rantai besi tersebut jika tiba-tiba pasangan ni decide untuk berhenti buat challenge ni.
Alexander dan Viktoria juga telah berkongsikan gambar dan video cara hidup mereka selepas dirantai bersama di platform media sosial mereka.
Apa-apa pun, semoga dorang berjaya habiskan challenge ni. So, korang ada bran tak buat ni jugak dengan suami atau isteri korang?
Baca: Kajian: Pengguna Android Lebih Bagus Dijadikan Pasangan Berbanding Pengguna iPhone