in

“Nak sondol sesiapa ke?” – Gelar Ruhainies ‘Penyondol’, Gurauan Janna Nick Dianggap Melampau

Janna Nick Fd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sesebuah rancangan sudah pastinya penonton akan menumpukan perhatian kepada pengacaranya dan segala tingkah laku serta percakapan akan seseorang pengacara itu pasti akan diingati.

Semalam berlangsungnya konsert mingguan rancangan realiti TV3, Famili Duo yang menampilkan selebriti popular tanah air bersama ahli keluarga dan saudara-mara menonjolkan bakat nyanyian masing-masing.


Artikel berkaitan: Janna Nick Muat Naik Video Dengan Hafidz Roshdi Di IG, Shu Tinggalkan Komen ‘Sindiran’?

Artikel berkaitan: “Saya nak jadi penghibur” – Dituduh ‘Sampah’ Industri, Ryan Bakery Mahu Jadi Seperti Senario

Pengacara rancangan tersebut ialah Janna Nick serta Izzue Islam, pun begitu pada konsert yang diadakan semalam, Janna Nick sekali lagi menjadi perhatian penonton apabila dia dilihat menggunakan jenaka yang kurang sesuai.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Janna Nick mengundang kritikan apabila mengaitkan pelakon Ruhaines yang hadir mempromosikan produk penaja program Famili Duo itu dengan isu penyondol.

Meskipun Janna dilihat membuat jenaka itu bagi menghangatkan suasana di dalam studio secara live itu, namun ramai yang beranggapan ianya keterlaluan.

“Cantik malam ini. Datang sini untuk apa, nak menyondol sesiapa ke?” katanya.

Tidak cukup dengan itu, Janna turut bergurau dengan mengatakan individu yang duduk di sebelah Ruhainies itu sebagai ‘skandal’ pelakon tersebut.

“Annoying betul” 

Jenakanya itu tidak disambut baik oleh netizen, malah ada yang merasakan gurauan Janna itu keterlaluan memandangkan rancangan itu untuk tontonan umum.

Cats 10

Korang sempat tengok ke Famili Duo semalam? 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.