Sebelum ini hangat kes segelintir rakyat Amerika Syarikat yang membantah Stay at home sampaikan ada yang heret anak mereka sekali sertai protes.
Namun, viral di Twitter dan mendapat perhatian oleh netizen di seluruh dunia apabila kumpulan pekerja medik turun padang untuk ‘lawan’ golongan yang juga dikatakan anti vaksin ini.
Konon ganggu kebebasan peribadi
Ini kerana, penunjuk perasaan itu telah melakukan demonstrasi menentang sekatan koronavirus dan mengadu bahawa ia melanggar kebebasan peribadi mereka dan boleh menjejaskan sumber mata pencarian.
Sebelum ini, Presiden Trump telah mengatakan banyak negeri akan dapat dibuka semula pada 1 Mei.
Raih 175K retweets kurang daripada 24 jam ia dikongsikan, ramai netizen yang tabik dengan petugas medik ini.
Berkorban nyawa dan juga tenaga untuk menentang mereka ini. Kadang-kadang admin memang tak faham orang macam ni.
Ramai yang kesian tengok bebanan yang mereka sanggup pikul ini, sudahlah mahu menyelamatkan nyawa siap kena turun padan lagi untuk lawan orang-orang macam ni. Walaupun sukarela tapi kita nampak effort diaorang nak menyedarkan rakyat tentang bahayanya Covid-19.
Dapat dilihat segelintir pekerja medik dari Denver ini berpakaian seragam sambil memakai topeng muka dan berdiri di laluan melintas untuk block kenderaan yang melakukan protes ini.
Dalam satu video, menunjukkan seorang wanita memakai baju corak USA keluar dari tingkap penumpang trak dan menjerit dekat petugas medik itu dengan mengatakan.
“Land of the free, pergi berambus dekat China kalau nak communism”, lapor CNN
Two nurses, who have witnessed first hand the toll Covid is taking in Colorado, stood up and peacefully counter protested. Here is how they were treated. I had join them. pic.twitter.com/iJnNcqZxSv
— MarcZenn (@MarcZenn) April 19, 2020