Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi selepas muzik video lagu raya terbarunya “Kelepok Raya” telah mendapat kritikan ramai.
Ini ekoran video tersebut menunjukkan sekumpulan lelaki berperwatakan lembut menari dan bersolek hingga ada yang menganggap ia seperti mempromosikan unsur yang bercanggah dengan amalan dan norma masyarakat Malaysia.
Menerusi Instagram, komposer dan bekas ahli kumpula V.E, Damian Mikhail turut tak terlepas dari memberikan komennya mengenai kontroversi ini.
Menurut Damian, tujuan Aliff Syukri mengeluarkan muzik vidoe seperti ini adalah kerana mahu “memondan”.
https://www.instagram.com/p/Ccz_pjQLFAd/
Aku nampak motif si Aliff Syukri ni sebenarnya bukan untuk publisiti mahu pun duit. Dua-dua dia dah ada dan boleh dapat dengan senang.
Tujuan video ni dibuat satu je… Pasal nak memondan. Tu je. Coming out the closet gitu.”
“Ko nak memondan tu kau punya hal dengan Allah”
Tambah Damian lagi, dia tak bersetuju dengan tindakan Aliff mempromosikan benda-benda yang bercanggah seperti ini lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan.
Ko nak MEMONDAN tu kau punya hal dengan Allah. Tapi nak promote benda-benda macam tu masa Ramadan? Ko ni level si*l yang lain Lip.”
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen dan beberapa rakan artis turut bersetuju dengan kenyataan Damian ini.
Baca: MCMC Cari Aliff Syukri & Individu Dalam MV Lagu Kelepok Raya