Petai merupakan antara makanan yang terkenal dengan baunya yang kuat. Walaupun ada setengah orang yang suka dengan makanan ini, tak dinafikan ada juga yang tak boleh makan petai atas faktor ‘perfume’ petai ni yang menyengat. Min ngaku, min lah salah seorang yang tak boleh makan petai sebab bau dia.
Bercakap tentang bau petai, min nak kongsikan insiden lucu yang berlaku pada seorang wanita di Indonesia ni lepas rumahnya ‘diserang’ bau petai kuat yang kekal sampai dua minggu. Amboi! Lamanya!
Memetik laporan Suara.com, wanita terbabit mengatakan dia dan suaminya mula pelik selepas rumah mereka ‘dihantui’ bau petai yang kuat. Pada mulanya, si suami menyangka isterinya yang makan petai sampai berbau satu rumah. Pun begitu, wanita terbabit pelik sebab takkanlah makan petai sampai boleh berbau satu rumah sampai ke bilik tidur. Ekstrem sangat tu!
“Aku merasa kalau memang ada makan petai, masa iya sih sampai baunya menyengat gitu?” katanya.
Selidik punya selidik…
Setelah dua minggu berlalu, misteri bau petai yang ‘menghantui’ rumah pasangan terbabit terjawab selepas mereka menemui enam biji petal yang disorokkan di dalam bekas penapis air. Ternyata, ia adalah kerja anak perempuan mereka sendiri.
Ketika ditemui, enam biji petai terbabit sudah pudar warnanya, malah, air di dalam mesin terbabit juga sudah berubah kepada warna hijau.
Setakat artikel ini ditulis, insiden lucu yang turut dikongsikan ke laman sosial TikTok itu telah meraih sebanyak 1.4 juta tontonan. Rata-rata warganet turut terhibur dengan pengakhiran ‘kisah seram’ yang dialami pasangan terbabit.
“Nak marah pun tak boleh. Geleng kepala jelah tengok anak,” komen netizen.
“Anak aku juga sama perangainya. Kadang dia suka tekan-tekan butang dispenser sampai terkunci, terus banjir rumah,” tulis netizen lain pula.
Sumber: Suara.com
Baca: “Kalau kentut satu rumah bau” – Lelaki Jumpa Petai Gergasi Sepanjang 1 Meter