in

“Nak makan apa RM800 sebulan?” – Atlet Olahraga ‘Geram’ Elaun Bulanan Dipotong

Pagex 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kecoh berkenaan isu seramai 144 atlet daripada program latihan kebangsaan terpaksa digugurkan untuk memberi laluan kepada inisiatif memulihkan ekonomi pasca Covid-19. Tidak cukup dengan itu, Majlis Sukan Negara (MSN) turut mengurangkan elaun latihan atlet negara.

Memegang ranking kedua Asia, Rayzam Shah Wan Sofian selaku atlet olahraga yang telah banyak menyumbang pingat pada setiap kejohanan, berang apabila elaun latihan bulanannya dipotong oleh MSN daripada RM2,000 kepada RM800.


Jika dulu, kesemua pemenang pingat emas, perak dan gangsa menerima elaun berjumlah RM2,000 dari MSN. Namun dengan pemotongan itu, hanya pemenang pingat emas saja yang mengekalkan jumlah tersebut, manakala pemenang pingat perak dan gangsa dikurangkan kepada RM800.

627286

Rayzam sebelum ini pernah meraih pingat perak dalam Sukan SEA Filipina 2019 menerusi acara 110 meter lari berpagar dan telah membawa nama baik Malaysia sejak 15 tahun lepas.

Menurutnya, amat mustahil bagi dia atau mana-mana atlet sekalipun untuk hidup dengan bayaran RM800 sebulan, memandangkan statusnya sebagai atlet kebangsaan sepenuh masa hanyalah bergantung kepada elaun tersebut.

“Baik kerja fast food!”

Sehubungan dengan itu, Rayzam berharap agar MSN dapat menilai semula pemotongan elaun ini yang dikatakan terlalu mendadak. Tambahnya lagi, masih ramai atlet yang mengekalkan prestasi baik walaupun tidak meraih sebarang pingat emas.

Kalau RM1,500 tak apa lagi, tapi kalau sudah jatuh sehingga RM800, saya pun terfikir-fikir mungkin lebih baik kerja lain sahaja yang berikan gaji lumayan, lebih baik kerja M****** “, ujar Rayzam.

Rayzam menjalankan latihan sepenuhnya di Sabah, di mana berbeza jika ingin dibandingkan dengan atlet yang menjalankan latihan penuh di MSN, Bukit Jalil yang menerima tempat tinggal percuma serta bekalan makanan secara berjadual

Ray27.Transformed

Saya sudah berkeluarga, dengan RM800 apalah yang dapat saya buat, dengan tanggu­ngan rumah, elektrik dan anak.”

Tambah atlet itu lagi, MSN perlu lebih telus dalam menilai prestasi atlet dan tidak sewajarnya menilai pencapaian mereka hanya berdasarkan pingat.

Semoga ada solusi yang memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam isu ini.

Baca: “Lepas set kedua, bleeding lagi” – Ketua Jurulatih Jelaskan Punca Lee Zii Jia Tarik Diri Dari Kejohanan Dunia

S

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.