in

Nak Main Basikal? Ini 7 Lokasi Popular Sekitar Lembah Klang

Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak negara dilanda pendemik, ramai rakyat Malaysia yang menjadikan berbasikal sebagai hobi baharu untuk bersenam. Ada yang mengayuh basikal di sekitar kawasan perumahan, dan ada juga yang melakukan aktiviti ni di lebuh raya atau jalan raya yang besar.

Di kawasan kampung, aktiviti berbasikal mungkin tidak menjadi masalah kerana kurangnya kesesakan lalu lintas berbanding kawasan bandar. Dengan kesesakan lalu lintas di sekitar Lembah Klang, ada ke lokasi yang sesuai buat penduduk di sini?


Sebenarnya, ada beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang yang sesuai buat penggemar aktiviti ini. Bukan sahaja berbasikal, lokasi yang bakal dikongsikan turut mesra keluarga dan kanak-kanak.

Ini 7 port berbasikal di sekitar Lembah Klang:

1) Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

1 3

Mereka yang menetap di sekitar Kuala Lumpur pasti sudah biasa dengan taman tasik ini. Terletak betul-betul di tengah-tengah Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa adalah satu lokasi yang sangat sesuai buat aktiviti berbasikal.

Trek larian di sini turut mempunyai laluan khas untuk basikal. Tidak cukup dengan itu, lokasi ini turut menyediakan servis menyewa basikal buat mereka yang mahu menyewa!

2) Taman Metropolitan, Kepong

2 3

Seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman Metropolitan turut mempunyai laluan berbasikal yang disediakan khas buat pengunjung. Taman berkeluasan 95 hektar ini mempunyai sebuah tasik yang indah, dan turut sesuai buat aktiviti riadah bersama keluarga.

3) KL Car Free Morning

3 1

Buat warga Kuala Lumpur yang bosan dengan kesesakan lalu lintas pada setiap hari, pihak DBKL telah mewujudkan KL Car Free Morning pada hari Ahad pada setiap bulan.

Jalan raya akan ditutup buat kereta dan boleh dinikmati oleh orang ramai dengan selamat dan selesa. Untuk maklumat lanjut berkenaan laluan tersebut, anda boleh lawati laman web KL Car Free Morning!

4) Taman Saujana Hijau, Putrajaya

4 2

Taman Saujana Hijau terletak di Prescint 11, Putrajaya. Lokasi ini sememangnya indah dengan kehijauan dan berkonsepkan Eropah. Seperti taman yang lain, trek di sini terbahagi kepada dua iaitu laluan pejalan kaki dan basikal.

Laluannya yang berbukit membolehkan anda mengayuh basikal dengan cabaran sambil menikmati pemandangan di sini.

5) Taman Botani Negara, Shah Alam (Bukit Cherakah)

5 1

Taman Botani Negara ini dikenali sebagai Bukit Cherakah. Taman ini meliputi kawasan seluas 1,295 hektar dan sangat sesuai buat mereka yang mahu melakukan aktiviti berbasikal.

Difahamkan, pihak taman ada menyediakan kemudahan menyewa basikal pada harga yang berpatutan. Wajib singgah!

6) Laluan Basikal, Shah Alam

Port Berbasikal

Majlis Bandaraya Shah Alam telah menyediakan laluan trek basikal di Seksyen 4 khusus buat penduduk Shah Alam. Ini adalah usaha untuk menjadikan penduduk Selangor sebagai rakyat yang mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Lokasi berbasikal ini terletak di Bulatan Setia Jasa, Seksyen 4 berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan mempunyai panjang sekitar 2 kilometer.

7) Taman Pudu Ulu, Kuala Lumpur

Port Berbasikal

Tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Taman Pudu Ulu. Terletak betul-betul sebelum Plaza Tol Loke Yew, Taman Pudu Ulu adalah satu lokasi yang anda wajib singgah kerana keluasan lokasinya dan kemudahan yang banyak.

Taman Pudu Ulu turut menyediakan kolam mandi buat kanak-kanak. Wajib singgah!

BACA: Rahsia Disebalik Jambatan Port Dickson, Betul Ke Untuk Laluan Orang Bunian?

Cats 9

Sumber: TripAdvisor
Sumber: Mai Singgah
Sumber: The Star
Sumber: Patit Go
Sumber: Careta
Sumber: Menarik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.