Baru-baru ini, dapat kita dapat perhatikan di media sosial terjadinya banjir di ibu kota kerana hujan lebat, ia sekaligus membuatkan ramai terkesan termasuklah individu yang menggunakan pengangkutan awam.
Pun begitu, tular satu video memperlihatkan keadaan di KL Sentral yang menghubungkan ke stesen MRT Muzium Negara.
Artikel Berkaitan : Sering Busking Di KL Sentral, Pemergian Abang Meor Buat Ramai Sedih
Artikel Berkaitan : Wanita Dirakam Menipu Orang Ramai Dan Minta Wang di KL Sentral
Dalam video yang dirakam oleh orang awam, kelihatan bumbung fasiliti tersebut mengalami kebocoran yang mana limpahan air dapat dilihat keluar darinya hingga mengenai lantai.
Situasi itu dilihat berlaku berdekatan dengan escalator yang menghubungkan KL Sentral ke MRT Muzium Negara.
Fahamm KL Sentral nak lawan Changi Airport.@askrapidkl pic.twitter.com/QBAeCPlP8n
— อนัส (@anaszack) October 10, 2023
Keadaan tersebut telah membuatkan ramai netizen memberikan komen sinis kerana keadaan KL Sentral kini diibaratkan ‘setaraf’ dengan Lapangan Terbang Changi di Singapura.
Dalam pada itu, ramai juga yang risau jikalau perkara yang tidak diingini berlaku dengan melihatkan keadaan bumbung yang bocor itu boleh menyebabkan renjatan elektrik atau roboh secara tiba-tiba.
Ish kalau min lalu situ, rasa gerun, memang cepat-cepat jalan nak keluar daripada area situ.
Sumber : X