in

Nak Kurangkan Kos Sara Hidup, Wanita Sewakan Khemah di Balkoni Rumah RM2K Sebulan Di Switzerland

F1 Khemah Sewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau di Malaysia kita pernah tengok ada tuan rumah yang ambil kesempatan dengan menyewakan bilik yang sempit dengan harga yang tak masuk akal terutamanya di bandar besar seperti Kuala Lumpur atau Pulau Pinang.

Namun, di sebuah negara Eropah iaitu Switzerland pula, ada seorang wanita yang mahu menyewakan khemah di balkoni rumahnya sebab harga hartanah di sana sangat mahal, lapor Lad Bible.


Khemah Sewa 2

Hanya dikenali sebagai Sandra, wanita yang tinggal di bandar Zurich, Switzerland itu telah mengiklankan tentang ruang untuk disewa itu baru-baru ini dengan harga sebanyak CHF 500 (Swiss Franc) iaitu sekitar RM2,259 sebulan.

Difahamkan, penyewa khemah di balkoni juga dibenarkan untuk menggunakan dapur, ruang tamu dan tandas. Kiranya, sama je macam sewa bilik cuma ‘bilik’ tu kat balkoni.

Sandra mengatakan dia putuskan untuk sewakan khemah sebab dia mahu mencari roommate untuk mengurangkan kadar sewa rumah yang perlu dibayarnya.

Khemah yang disediakan pula jenis kalis air dan juga mempunyai tikar jenis berpenebat, tilam dan bantal turut disediakan.

Katanya, sukar untuk cari flat dengan harga mampu milik di bandar itu. Walaupun idea ni tak pernah dibuat orang, namun wanita itu mengatakan dah ada beberapa orang seperti pelajar universiti yang berminat untuk sewa khemah di balkoni tersebut.

Khemah Sewa 3

Untuk pengetahuan semua, kos sara hidup di Switzerland memang antara yang termahal di dunia. Dengar kata, McDonald’s pun mahal gila kat sana, so tak peliklah kalau sewa bilik pun mahal.

Namun, disebabkan ketika ini masih lagi musim sejuk di negara itu, dia tidak kisah jika roommate barunya hanya mahu berpindah masuk ketika musim bunga sebab kalau sekarang, boleh kejung sejuknya duduk kat balkoni.

Paling best, penyewa khemah boleh tengok bintang sekali malam-malam.

Harapnya takde lah tuan rumah yang saja nak sewakan balkoni macam ni kat Malaysia. Negara kita ni dah la panas dan hujan setiap masa, pastu kadang-kadang tu udara pun tercemar.

Sumber: Lad Bible

Baca: “Takde apa nak sorok”- [VIDEO] Didakwa Miliki Banglo Mewah, Syed Saddiq Buat ‘Tour’ Tunjuk Rumah Sewa 

Khemah Sewa 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.