in

Nak Elak Soalan ‘Bila Nak Kahwin’ Di Musim Perayaan? Sewa Je Kekasih Dengan Harga RM155-RM15K

sewa partner

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Soalan cepumas seperti ‘Bila nak kahwin?’ dan ‘Single lagi ke?’ mungkin selalu ditanya pada golongan bujang terutama sekali semasa musim perayaan ketika ahli keluarga berkumpul bersama. Korang pernah kena soalan ni? Kalau pernah, apa jawapan standard korang?

20220122 16428387433971 mobile e1642903569864

Bercakap mengenai soalan cepumas ni, ada satu trend yang tengah viral sekarang ni di TikTok dimana ada individu yang mempromosikan diri mereka untuk disewa semasa musim perayaan Tahun Baru Cina dan Valentine’s Day yang bakal menjelang tak lama lagi. Ada salah satu iklan ni siap tawarkan pakej melawat saudara-mara lagi supaya mereka berhenti tanya korang bila nak berumah tangga!


20220122 16428384439831 mobile e1642903508939

Portal mothership melaporkan, pakej sewaan ‘kekasih’ terbabit bermula dengan harga serendah S$50 (RM155) yang menawarkan perkhidmatan menghantar sarapan pagi McDonald’s di atas katil. Kalau ada duit lebih, boleh lah sewa ‘kekasih’ dengan harga S$5,000 (RM15,566) dimana servis yang ditawarkan adalah meyakinkan ibu korang yang korang akhirnya dah jumpa pasangan bukan toksik.

Menurut seorang pengguna TikTok yang menawarkan pakej sewaan terbabit, dengan harga S$2,000 (RM6,226), Tiktokers terbabit akan secara rasminya akan menjadi kekasih sebenar individu yang menyewanya dan akan mewar-warkan hubungan terbabit di laman Instagramnya.

20220122 16428386477891 mobile e1642903536367

Seorang TikTokers lain pula menawarkan pakej sewaan S$50 (RM155) sehari dimana untuk tempoh itu, dia akan berlakon sebagai kekasih klien, memandu klien ke rumah saudara-mara sempena Tahun Baru Cina dan juga menyertai permainan seperti mahjong, blackjack dan poker.

Ada juga TikTokers yang mengenakan caj tambahan sekiranya klien mahu mereka mengekalkan lakonan terbabit selama satu minggu.

Sumber: Mothership

Baca: Bosan Hidup Single? Anda Kini Boleh Sewa Teman Lelaki Dengan Harga Kurang RM1/Sejam

sewa pakwe e1642900689504

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.