Gara-gara mengelak dari asap tebal pembakaran sampah di tepi jalan, dua lelaki maut apabila motosikal yang ditunggang bertembung di Jalan Pendek Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan, pada petang Ahad.
Memetik laporan media, kedua-dua mangsa bernama Muhammad Shafiq Mat Dam, 28 tahun, dan Ismail Awang, 79 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Menurut saksi, kejadian berlaku ketika Ismail menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli roti di sebuah kedai di kampung itu.
Artikel berkaitan: 2 Budak Tingkatan 1 Maut, Motosikal Bertembung Sesama Sendiri Ketika Buat Aksi ‘Wheelie’
Artikel berkaitan: Penunggang Motosikal Melambung Setinggi Tiang Lampu Maut Lepas Dirempuh Kereta Di Muar
Menurutnya, motosikal yang ditunggang warga emas itu kemudian dilihat bertembung dengan motosikal Muhammad Shafiq yang datang dari arah bertentangan.
Menerusi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kelihatan salah seorang daripada mangsa dilihat cuba mengelak asap tebal daripada pembakaran sampah yang dilakukan penduduk di tepi jalan tersebut.
“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud.
Elak asap bakar sampah, dua lelaki maut motosikal bertembung
KOTA BHARU – Dua lelaki termasuk seorang warga emas maut selepas motosikal yang mereka tunggang bertembung di Jalan Pendek, dekat Kampung Kota, di sini petang semalam pic.twitter.com/Bhqz6hXg1w
— #UpdateInfo??? (@update11111) September 2, 2024
Dalam pada itu, beliau meminta saksi kejadian hadir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi membantu siasatan.
Tambahnya, pihak polis juga menggesa orang ramai supaya berhati-hati dalam pemanduan semasa menggunakan jalan raya dan mematuhi undang-undang serta isyarat lalu lintas yang berkuat kuasa di Malaysia.