in

“Nak dekat, rindu pada Allah” – [VIDEO] UEL Kongsi Pengalaman Bertemu Golongan Transgender Di Indonesia

Untitled Design 2022 05 12T161650.862

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pendakwah bebas ternama Malaysia, Ustaz Ebit Lew (UEL) kini berada di Surabaya, Indonesia dan dia meluangkan masa untuk bertemu dengan golongan transgender yang bekerja di ‘lorong gelap’ di sekitar bandar itu.

UEL dalam satu posting di Instagram miliknya memberitahu, setibanya dia di ‘lorong gelap’ itu, dia disambut baik malah dia juga sempat berbual dengan mereka dan bertanya khabar.


https://www.instagram.com/p/CdclY8gjc_8/

Menerusi ruangan kapsyen, UEL memberitahu dia bertemu dengan mereka pada sekitar jam 12 malam, mereka mengenali UEL daripada video di mana pendakwah bebas itu menyuap makanan kepada anak-anak punk sebelum ini.

Mereka juga berkata ia ibarat mimpi dapat bertemu dengan pendakwah bebas itu di tempat mereka bekerja.

“Berbual sekejap nampak ada yang sebak walau di lorong gelap disitu. Ada yang semenjak 14 tahun dah kerja di lorong sehingga sekarang. Ada yang menyara ibu lumpuh. Macam-macam kisah disebalik mereka.

Saya cerita Allah sayang kita beri kita iman. Kita semua belum tahu nasib akhir kita di sana. Saya dan kita sama-sama berusaha untuk akhirat. Jaga solat dan ibubapa serta menjauhi yang haram,” tulisnya.

Dalam posting itu juga, UEL berkata sekumpulan transgender itu ada bertanya tentang solat dan bagaimana untuk berdoa dengan cara yang betul, kemudian dia meluangkan masa mengajak golongan itu menjamu selera di sebuah hotel.

“Menangis mereka bila saya suap dan berkongsi cerita iman dengan kasih sayang. Walau sekejap terasa rapat dan macam kawan-kawan. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu nasihat dan kasih sayang.

Mereka kata kami dah lama tak dengar semua ini. Tak pernah rasa dalam hidup di layan begini dan dinasihati begini. Kami berkongsi nasihat dan belajar solat sampai dekat Subuh. Khusuk dan tekun mereka mendengar.” tulisnya. 

Mereka juga mengajak UEL untuk datang lagi selepas ini kerana ramai sahabat-sahabat mereka yang lain ingin berjumpa dengan pendakwah tersohor itu.

Semoga UEL terus berdakwah dan membuka hati ramai orang lagi.

Baca: “Kita ada Allah” – Ebit Lew Terus Beli Barang Untuk Bina Rumah Baru Keluarga Akid

Untitled Design 2022 05 12T161139.591

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.