in

“Nak cuba jogging tapi rasa nak pengsan” – Bekas Pesakit Kongsi ‘Siksa’ Sindrom Post Covid-19

Covid2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita dengar pengalaman seseorang sewaktu mereka hidap Covid-19, dan kita tak pernah tahu apa yang mereka lalui selepas mereka dah disahkan negatif.

Namun begitu, menerusi laporan BERNAMA, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kebiasaannya bekas pesakit Covid-19 ini akan ada simptom-simptom lain yang dikenali sebagai Sindrom Pasca Covid atau “Long Covid” atau “Post Covid”.


Mereka biasanya akan merasai beberapa simptom seperti kelesuan, susah bernafas, sukar tidur malam, batuk dan kegelisahan. Buktinya, antara simptom-simptom ini telah dirasai oleh beberapa individu ini.

 

Walaupun sudah sembuh daripada Covid-19, namun seksa Sindrom Post Covid hanya Tuhan yang tahu,”

Wanita 24 tahun yang dikenali sebagai Aida mengatakan dia mula rasa pening-pening apabila disahkan negatif dan dibenarkan pulang.

Aida sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada November tahun lalu dan dia mengambil masa 4 bulan untuk pulih.

“Ketika makan, tidur dan bangun tidur juga, saya boleh nampak sekeliling saya seperti sedang berpusing secara perlahan. Batuk juga hanya hilang selepas sebulan keluar dari wad.”

Aida sebelum ini diberikan 18 biji ubat dalam masa sehari bagi merawat wabak berkenaan dan dos dikurangkan kepada separuh apabila dibenarkan pulang.

“Pernah sekali terjadi ketika memandu di sebelah kanan, saya didatangi sakit kepala seperti berpusing dan mata rasa seperti hendak tertutup.”

Katanya lagi kepada Harian Metro, dia juga ada cuba untuk melakukan senaman, namun begitu, dia rasa macam nak pengsan dan perkara ini berlaku selepas bulan kedua dia sembuh.

“Pada bulan kedua selepas keluar wad, saya ada usaha untuk bersenam dan joging, namun memang akan rasa hendak pengsan,” katanya.

Bagaimanapun, ketika berada di hospital, Aida menceritakan bahawa keadaannya lemah sehinggakan terpaksa berpindah ke wad pemerhatian.

“Ketika itu, pertama kali saya rasa bernafas namun seperti hanya separuh oksigen masuk ke dalam badan dan hendak bernafas pun pakai mulut sebelum saya diberikan bantuan oksigen.

“Sebelum ini saya tidak pernah terfikir akan duduk di hospital dalam jangka masa lama, pakai oksigen dan makan ubat yang banyak dalam masa sehari. Cukuplah hanya sekali.”

Mengadu cepat letih

Afiqah

Sementara itu, anak kepada bekas pesakit Covid-19 tahap 4, Nur Afiqah Abdul Rani, 31 menceritakan yang ayahnya Abdul Rani Ismail, 61, mempunya Sindrom Post Covid dimana ayahnya cepat letih.

“Bapa saya sering mengadu cepat letih dan bila baru mula hendak buat sesuatu kerja, dia beritahu kami dia penat.

Mungkin ini juga adalah faktor usia dan kesihatan memandangkan bapa saya ada masalah jantung.”

Katanya lagi, suara dan deria rasa bapanya belum pulih sepenuhnya sehingga ke hari ini selain daripada cepat letih dan sakit kepala.

“Suara bapa juga kurang dapat didengari dan hanya baru-baru ini, suaranya kembali seperti biasa dan dia kata rasa payau pada lidah.”

Menurutnya lagi, sewaktu diberikan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Abdul Rani diberikan rawatan sedutan gas atau ‘nebulizer’ sesuai dengan keadaannya sebagai pesakit Covid-19 kategori 4.

Nur Afiqah dan beberapa ahli keluarganya juga adalah pesakit Covid-19, namun hanya menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang kerana mereka pesakit kategori pertama.

 

Baca : SEDIH! Doktor Muda Postpone Pernikahan Demi Rawat Pesakit, Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Doktor

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.