Kehangatan mengenai isu rumah tangga pelakon Edika Yusof dilihat menjadi semakin memuncak apabila pelakon tersebut menafikan dakwaan yang dia pernah mengasari isterinya, Nor Hidayah Yusri seperti mana yang dikatakan isterinya itu.
Ia juga dikatakan menjadi salah satu penyebab Nor Hidayah menuntut cerai, namun begitu Edika tidak menafikan bahawa dia ada memarahi isterinya tetapi tidaklah sampai tergamak untuk mengasarinya malah dia sering akur dengan kemahuan Nor Hidayah.
Artikel berkaitan : Isteri Dakwa Edika Dah Banyak Kali Lafaz Cerai, Dedah Anak-anak Tahu Apa Yang Berlaku
Artikel berkatan : Isteri Senaraikan 10 Alasan Failkan Cerai, Edika Yusof Sangkal Dakwaan Kasari & Menghina
“Kadang-kadang adalah saya marah, tetapi tidak mendera dan sebagainya. Saya marah pun hanya untuk mendidik dia.”
“Bahkan antara kami tak ada rahsia, isteri saya pun boleh akses telefon bimbit saya, saya beri dia kebebasan, boleh keluar rumah dan kalau ada masalah, boleh mengadu kepada adik-adiknya.”
Di samping itu, Edika mengatakan bahawa isterinya itu ada bercakap dengan lelaki lain menerusi panggilan telefon dan ia berlarutan sehingga pagi.
“Memang saya dengar dia ada bercakap dalam telefon dengan lelaki lain sampai pagi, kalau saya nak cerita, banyak tetapi dia tetap mahu bercerai. Sebagai lelaki yang menyayangi dia, saya beri apa yang dia mahukan.”
Semalam, Edika hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan untuk sebutan semula kes cerai yang difailkan oleh Hidayah. Pihak mahkamah telah menetapkan 5 Mei nanti sebagai prosiding lafaz cerai selepas kedua-duanya bersetuju untuk berpisah.
Kata Edika lagi, demi kebaikan kedua belah pihak, dia bersetuju untuk menceraikan isterinya asalkan Nor Hidayah mendapat apa yang dia mahukan.
“Bila anda sayangkan seseorang kemudian lepaskan dia, itu tidak bermakna anda tewas. Dalam perceraian ini tiada siapa menang sebab ini bukan pertandingan. Ini pengadilan, sebab mahkamah pun sudah nasihat demi kebaikan bersama.”
“Pada saya, ia satu kebaikan sebab saya pun lega, sebab sebelum ini setiap hari risau sebab isteri desak untuk bercerai.”
Jelasnya lagi, dia hanya fokus pada kerja dan tiada masalah untuk teruskan kehidupan. Katanya lagi sebagai seorang lelaki, dia hanya hadapi apa sahaja yang berlaku pada hidupnya dan hanya mampu memohon maaf dan luahkannya kepada yang Maha Esa.
Untuk rekod, Edika dan Nor Hidayah sah bergelar suami isteri pada tahun 2003. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fardeen Nasrulhaq, 21 dan Fareena Nurulhaq, 20.
Sumber : Utusan