Baru-baru ini, timbul isu mengenai jenama baju raya terkenal didakwa menciplak rekaan samping suami kepada seorang pempengaruh terkenal.
Bahkan, pempengaruh ini mendakwa jenama tersebut, Elrah Exclusive telah meniru 100% dari segi rekaan sampai ke warna samping tersebut.
Menyedari perkara ini menjadi sebutan orang ramai, pengasas Elrah Exclusive iaitu El Azman tampil memberikan kenyataan menjelaskan perincian terhadap konsep rekaan corak yang bermotifkan keris.
Artikel berkaitan : “Tiru 100% dari design sampai warna” – Pempengaruh Dakwa Jenama Terkenal Tiru Design Samping Suami
Artikel berkaitan : Bukan Tiru Rancangan TV, Remaja Menyamar Jadi Petugas Hospital Mengaku Buat Perkara Itu Sekadar Suka-suka
“Tidak membuktikan yang mereka memiliki motif ini sejak 1890” – El Azman
Dalam kenyataan tersebut, El Azman menceritakan sejarah motif corak keris untuk menepis dakwaan bahawa ianya hak eksklusif individu, bahkan El Azman juga menegaskan bahawa pendaftaran hak cipta tidak membuktikan pemilikan sejarah.
Selain itu, pihak Elrah Exclusive turut menegaskan bahawa reka bentuk tersebut merupakan hak milik pihaknya sendiri tanpa meniru mana-mana pihak.
Boleh baca penjelasan penuh di bawah.
View this post on Instagram
“Nak cakap logo, tentera pun pakai keris” – Tyra Kamaruzzaman
Tidak berdiam diri, Tyra Kamaruzzaman dan suaminya, Emran Rijal telah tampil memberi respon. menerusi IG Story mereka malam tadi.
Ambil cakna dengan kenyataan El Azman, Tyra tidak menafikan bahawa motif corak keris itu tidak dimiliki oleh sesiapa, tetapi rekaan corak yang bermotifkan silangan terhadap 2 jenis keris iaitu keris buko dan keris sepukal didakwa telah menjadi hak milik mereka.
“Betul keris sahaja secara umumnya tidak dimiliki oleh sesiapa, tapi silangan keris buko dan sepukal itu yang kami miliki, nak cakap logo tentera pun pakai keris, logo polis pun pakai keris, betul lah tu. Tak ada siapa cakap salah dan kita tak cakap pun kita milik keris secara umum.”
Dalam pada itu, Emran Rijal yang didakwa pereka asal juga memberikan kenyataan yang sama ia adalah rekaan turun temurun daripada keluarganya menerusi IG Story miliknya.
Bahkan, Tyra juga meletakkan dua rekaan milik mereka yang dianggap sama 100% untuk tatapan umum untuk membuat perbandingan.
Apapun, kita tunggu penjelasan lanjut di antara dua pihak berhubung isu ini.
Sumber : Instagram El Azman, Instagram Stories